Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022

Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan inisiatif Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA yang mesra pembeli itu dapat membuka lebih banyak peluang kepada Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PRIMA tanpa bimbang mengenai pinjaman.

Inisiatif ini akan membolehkan lebih ramai Keluarga Malaysia memiliki rumah sendiri termasuk mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kelulusan pembiayaan dengan jaminan yang dikeluarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PRIMA untuk makluman bersama.

skim pembiayaan inovatif skjp PR1ma

Baca juga: Skim Jaminan Kredit Perumahan: Pendapatan RM1000 & Tiada Slip Gaji Layak Memohon

Apakah Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA?

Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA adalah selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia serta Kempen Pemilikan Rumah ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

SJKP telah diperuntuk sejumlah RM2 bilion untuk membantu memberi jaminan dan memudahkan kumpulan yang tidak mempunyai penyata gaji membuat pinjaman perumahan.

Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri di Residensi Larkin Indah pada 4 Mac 2022 yang lalu.

Usaha itu membuktikan komitmen kerajaan yang ingin melihat Keluarga Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan perumahan seperti PR1MA dengan lebih mudah dan luas, selari dengan aspirasi memperkasa pemilikan rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40 tanpa menanggung beban kewangan yang berat melalui program perumahan mampu milik.

Sebagai permulaan, skim ini ditawarkan kepada pembeli kediaman Residensi Larkin Indah sebelum diperluas kepada projek PR1MA yang lain.

Selain memberi keselesaan kepada para pembeli rumah PR1MA pada masa akan datang, ia juga dapat membolehkan rakyat Malaysia untuk merancang pembelian rumah mereka dengan lebih yakin.

skim pembiayaan inovatif skjp PR1ma
PRIMA Housing at Alam Damai Kuala Lumpur

Apakah Rumah PR1MA?

Bagi yang belum tahun, Rumah PR1MA atau Perumahan Rakyat 1 Malaysia adalah inisiatif kerajaan untuk membantu pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan sederhana / pertengahan.

Program PR1MA ini dikhususkan kepada golongan pertengahan Malaysia iaitu mereka yang berpendapatan seisi rumah iaitu individu atau suami dan isteri, di antara RM2,500 hingga RM15,000
sebulan.

Mereka yang berumur 21 tahun ke atas dari golongon ini layak memohon. Anak-anak yang tinggal serumah berumur 21 tahun ke atas layak memohon secara individu.

Syarat Kelayakan Memiliki Rumah PR1MA

Syarat untuk memiliki rumah PRIMA adalah seperti berikut:

  • Anda mesti warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin, berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau gabungan (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan (pendapatan kasar)
  • Rumah PR1MA boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

Antara syarat lain adalah rumah PRIMA mesti diduduki oleh pemilik dan penyewaan tidak akan dibenarkan.

Harga

Kediaman PRIMA ini dipasarkan dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran.

Dengan tawaran lingkungan harga ini, PR1MA berharap golongan pertengahan di Malaysia mampu memiliki kediaman impian masing-masing tanpa bebanan yang berlebihan

Baca juga:

Projek Terkini Rumah PRIMA

Senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:

https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm

Cara Permohonan

Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.

Untuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:

https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep

Maklumat Lanjut

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: