Awas Penyamaran Petugas Smart Meter TNB! Ini Yang Anda Kena ‘Alert’

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah boleh menghubungi Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mendapatkan pengesahan pengenalan diri pemasang meter pintar (smart meter TNB) bagi mengelak penyamaran oleh pihak tertentu bagi tujuan tidak baik.

“Pemasangan meter pintar yang kini giat dilaksanakan di Lembah Klang adalah percuma dan hanya mengambil masa kira-kira sejam untuk dipasang,” katanya menambah kerja-kerja pemasangan meter pintar ini akan dilakukan sepasukan dua petugas bertauliah dan terlatih.

Pemilik Kediaman Akan Menerima Notis Sebelum Pemasangan Smart Meter TNB Dilakukan

Pengarah Projek Advanced Metering Infrastructure (AMI) TNB Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata mengikut prosedur, setiap pemilik kediaman yang terlibat dengan pemasangan meter pintar akan menerima notis sebelum pemasangan dilakukan sebagai langkah pemakluman dan temu janji.

Mengulas lanjut, Mohamed Ghous berkata bagi kediaman bertingkat seperti kondominium dan pangsapuri, makluman pemasangan akan dibuat menerusi persatuan penduduk atau badan pengurusan bersama (JMB) bangunan sebelum pemasangan dilakukan.

Apa Yang Pemilik Rumah Perlu Tahu Tentang Pemasangan Smart Meter TNB?

Infografik oleh BERNAMA

Apakah Smart Meter TNB?

Smart Meter TNB adalah inisiatif terbaru daripada TNB yang membolehkan pengguna untuk menjejak penggunaan elektrok mereka dengan lebih tepat melalui aplikasi myTNB atau myTNB Portal.

Menurut beliau bacaan meter pintar juga adalah tepat dengan setiap meter diuji serta ditentukur berdasarkan piawaian oleh SIRIM; mematuhi Akta Timbang dan Sukat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; serta menerima sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Sistem komunikasi meter pintar pula disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).TNB merupakan ejen pelaksana program pemasangan meter pintar dalam usaha kerajaan memperkasa pengguna dan meningkatkan pendigitalan dalam kalangan rakyat dan dilaksana di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).

Baca juga: Semakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 Seluruh Negara 2021 – KeTSA

Bagaimana Mengenalpasti Petugas TNB?

Setiap petugas pemasangan meter pintar itudiwajibkan memakai pakaian seragam berwarna oren dan vest serta perlu menunjukkan kad pengenalan diri yang membuktikan mereka adalah kontraktor pemasangan meter pintar TNB.

Mereka terdiri sama ada dalam kalangan kakitangan TNB sendiri atau kontraktor yang dilantik.

Pemilik rumah berhak dan wajib menghalang mana-mana petugas pemasangan meter pintar yang meragukan, tidak memakai pakaian seragam atau menunjukkan kad pengenalan diri.

Baca juga: Guna Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi – TNB

Talian TNB Untuk Dihubungi

Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 sekiranya mereka ragu-ragu dan ingin mendapatkan pengesahan berkaitan pemasangan Smart Meter di kediaman masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang Smart Meter, sila rujuk laman web Tenaga Nasional Berhad di pautan: https://www.mytnb.com.my/smart-meter

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: