6 Beradik Deko Rumah Mak Ayah 100% Baru, Musnah Selepas 8 Jam

Banjir yang menjadi penutup tahun 2021 ini merupakan antara yang terburuk dan berlaku di luar jangkaan kita.

Dalam musibah ini, kita dapat lihat ramai yang kehilangan harta benda dan kemusnahan teruk pada kenderaan dan perabot.

Dalam sebuah perkongsian, sebuah keluarga berkongsi bagaimana mereka yang pada ketika itu membuat kejutan Hari Ulangtahun untuk kedua ibu bapa dengan misi menghias rumah mereka hilang segalanya dalam sekelip mata saja.

Rumah ibu ayah mereka yang terletak di Bentong telah ditenggelami air dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Rumah yang baru dihias rapi dan perabot yang baru dibeli sempena hadiah ulangtahun perkahwinan ke-36 ibu ayah mereka habis disalut lumpur.

Namun, mereka tetap bersyukur kerana mereka ada dengan ibu ayah ketika kejadian kerana air naik dengan cepat, dan dapat menyelamatkan ibu ayah serta nenek yang uzur.

Berikut dikongsikan perkongsian asalnya di bawah:

6 Beradik Deko Rumah Mak Ayah 100% Baru, Hanya Bertahan 8 Jam

18/12/2021
Tarikh yg akan kami ingat smpai bila2..

deko rumah banjir
Rumah ibu ayah sebelum deko

16/12/2021-Khamis
Kami 6beradik balik bentong..misi untuk cantikkan rumah mak ayah..100% deco baru..100% perabot baru..dari syiling,perabot sampai ke lantai..semua kami tukar baru..hadiah utk anniversary mak ayah yg ke36..

Syiling dan lantai sahaja kami upah org..yg lain semua kami buat sendiri..adik ke-5 dan ke-6 Hanisah Bazilah dan Muhammad Miqdad da settel kn awal utk kikis2 dinding rumah dan cat sikit2..Pagi 16/12 kami sampai terus sambung mengecat..malamnye pula buat cermin..deco cermin sndri..Khamis dan jumaat ot siapkan rumah dari pg smpai la kul2pg..

deko rumah banjir
Ketika proses tukar lantai
deko rumah banjir
Pasang lampu

18/12/2021 – Sabtu
Pukul1.30 tgh hari,siap kesemua..Alhamdulillah semua berjalan dgn baik same spt yg dirancang..mak ayah sampai je rumah terus terkejut dgn perubahan rumah..mak ckp “mak da lupa mcm mana rupa rumah yg asal”.. Allah..seronoknyeee..mak ayah sampai menitis air mata kegembiraan..dr tgh hari sampai isyak kami gembira..impian kami jd kenyataan..terima kasih Allah..tapi perancangan Allah kite xtau..

Hasil deko yang baru siap
Ruang meja makan baru
Hadiah untuk anniversary mak ayah ke-36

18/12/2021- Sabtu
11.30 malam air mula naik..rumah mak ayah habis dimasuki air..kami btl2 x sangka..kul12 kami bergegas keluar dari rumah,dpt capai yg penting2 je..air naik sgt cepat..

kami x sempat nk kemas2..kami selamatkan anak2 dlu dan wan yg uzur..mlm tu kami duduk di surau..kul3 pg air di surau pn naik,cpt2 lari ke sekolah..perasaan masa tu hanya Allah shj yg mengetahui..

Dalam sekelip mata rumah yg kami hias cantik habis sekelip mata..perabot2 baru hbs tenggelam..rumah mak ayah 90% habis..barang2 rosak..Allahhhh..rumah yg kami hias cantik bertahan dalam 8jam shj..rumah hbs disalut lumpur..brg2 terpaksa dibuang..kami redha
Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik…kami redha..Apepn kami tetap bersyukur kerana waktu kejadian kami anak2 ade bersama dgn mak ayah..bayangkan klu kami xde….

Baca juga:

Now dlm proses utk bersihkan semula rumah mak ayah..kami akan cantikkan semula rumah mak ayah..

Kpd sesiapa yg ingin membuat sumbangan blh buat melalui acc abg sy 7624659668 cimb,muhammad M Muaz Abdul Halim dan utk makluman rumah adik sy yg di bentong turut hbs ditenggelami air….dgn keadaan istri yg sarat mengandung,brg2 hbs rosak..besar ujian utk dorg..

Terima kasih kpd semua yg byk membantu sepanjang kami dlm banjir,bantuan pakaian,makanan yg xputus2..bantuan kewangan juga sgt kami hargai..terima kasih sgt2..hanya Allah yg dpt membalas jasa2 kalian..

Sumber: Alia Abdul Halim

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: