SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

Tahukah anda, kini anda boleh dapatkan e-rebat pembelian peralatan elektrik cekap tenaga menerusi program SAVE 4.0. Boleh jimat banyak tau!

Program SAVE 4.0 menyediakan nilai e-rebat yang boleh ditebus sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai SAVE 4.0 ini.

Apakah Rebat SAVE 4.0?

SEDA Malaysia di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) menawarkan baucar rebat sehingga RM400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini merupakan kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi pembiayaan Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) sebanyak RM50 juta.

Objektif Program SAVE 4.0

Objektif program SAVE 4.0 ini adalah untuk:

  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga.
  • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

Syarat Kelayakan

Untuk menyertai program SAVE 4.0 ini, anda mestilah:

a) Warganegara Malaysia;

b) Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd; dan

c) 1 akaun bil elektrik hanya layak memohon 1 e-rebat bagi setiap peralatan.

Jangka Masa Program

Program ini dilaksanakan selama 1 tahun, iaitu bermula dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

Kadar e-Rebat

Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.

Senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia.

Cara Menebus Rebat SAVE 4.0

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:

Kaedah 1: Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar;

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik
  • Beli peralatan elektrik secara terus melalui peruncit berdaftar di bawah program SAVE 4.0. (Lawati www.saveenergy.gov.my/public/retailer untuk maklumat lanjut)
  • Bawa bersama bil elektrik dan NRIC
  • Peruncit akan membantu menyemak kelayakan berdasarkan bil elektrik dan menggunakan e-rebat bagi pihak pengguna

Kaedah 2 : Pembelian Secara atas talian (e-dagang).

A. Melalui Platform Shopee

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

B. Melalui Platform LAZADA

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

Senarai Peralatan Elektrik Yang Boleh Dibeli

Anda boleh menyemak peralatan elektrik yang boleh dibeli menggunaka baucar e-rebat SAVE 4.0 ini melalui pautan berikut: https://save.seda.gov.my/publics/product

Atau rujuk senarai di bawah:

i) Daikin

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

ii) Hisense

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

iii) Midea

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik
SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

iv) Toshiba

SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik
SAVE 4.0: Cara Mohon e- Rebat sehingga RM400 Untuk Peralatan Elektrik

Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.seda.gov.my/saveprogram/

ATAU media sosial Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: