in ,

Tarikh Permohonan & Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

ADVERTISEMENT

Ramai menarik nafas lega setelah mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang membenarkan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 yang bertujuan meringankan beban #KeluargaMalaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Pencarum dinasihatkan agar mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran.

Berikut dikongsikan perincian pengeluaran khas maksimum RM10,000 KWSP:

  • Terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online bermula 1-30 April 2022
  • Tarikh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50*
  • *Jumlah pengeluaran tertakluk baki Akaun 2 (Akaun 1 diakses jika tidak cukup)
Pengeluaran khas kwsp

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas yang dimuat turun dari laman sosial Facebook KWSP bertarikh 29 Mac 2022:

Tarikh Permohonan

1 April 2022 hingga 30 April 2022

ADVERTISEMENT

Tarikh Bayaran

Mulai 20 April 2022

Kaedah Pembayaran

Bayaran akan dibuat secara 1 bayaran sahaja (single-payment).

Syarat Kelayakan Pengeluaran Khas KWSP 10k

  1. Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
pengeluaran khas kwsp

Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran

  • Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
  • Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
  • Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
pengeluaran khas kwsp

Persediaan Pemohon

Untuk kelancaran urusan, pastikan:

  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  4. Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun Syarikat.

Soalan Lazim (FAQ)

  1. Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

  1. Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

  1. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

  1. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

  1. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
  1. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:

  1. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

  1. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

  1. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

  1. Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.

  1. Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

  1. Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  • Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  • Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  • Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
  1. Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.

  1. Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

Amaun Pengeluaran Khas RM10,000
20% daripada amaun pengeluaran 20% x RM10,000 = RM2,000
Amaun penggantian semula RM10,000 + RM2,000 = RM12,000

Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

  1. Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?

Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

  1. Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?

Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.

  1. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

  1. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

i-Akaun (Ahli)
Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
Kios KWSP

  1. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

  1. Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?

Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:

  • Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
  • Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.
  • Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.

Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

  1. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Baca juga: Kerajaan Setuju Pengeluaran_Khas KWSP RM10K – PM Ismail Sabri

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

kwsp 10k dibenarkan

Kerajaan Setuju Pengeluaran Khas KWSP RM10K – PM Ismail Sabri

dokumen daftar darjah 1

Dah Daftar Anak Darjah 1, Ini Dokumen Yang Perlu Dihantar Ke Sekolah