SOP Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022
SOP Fasa Peralihan Endemik – ‘Reopening Safely’ diusahakan Kerajaan.
Negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ mulai 1 April 2022, bagi membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan hampir normal selepas berdepan dengan COVID-19.
Apakah Maksud Endemik ?
Endemik bermaksud kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam masyarakat atau sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes dan pada kadar yang stabil serta rendah.
Contoh : Denggi adalah penyakit Endemik di Malaysia.
Sebelum ini, wabak Covid-19 dikategorikan sebagai pandemik, di mana kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia dan melibatkan populasi yang besar.
Pandemik ini adalah disebabkan oleh jangkitan penyakit baru (Novel) seperti Spanish flue dan Influenza H1N1 yang pernah berlaku sebelum Covid-19 ini.
Namun, dengan peningkatan kadar vaksinasi, penyakit ini kurang menunjukkan gejala serius (kebanyakan dari kategori 1 dan 2A). Kes kematian juga telah berkurang.
Baca juga: 7 Pendekatan KPM Menyelesaikan Isu Beg Berat – Menteri Pendidikan
Maksud Fasa Peralihan Endemik
Perlu diingatkan bahawa dalam pengumuman oleh Perdana Menteri pada 8 Mac ini, negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik, dan bukannya Fasa Endemik ya!
Kenapa disebut ‘fasa peralihan ke endemik’?
Kerana ia adalah fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik.
Pengisytiharan endemik hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
SOP Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022
Dengan kemasukan ke fasa baru ini, sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April 2022.
Bagi negara yang masih menutup pintu sempadan, Keluarga Malaysia boleh menggunakan kaedah VTL yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa pemakaian penutup muka masih diwajibkan.
Pendaftaran kemasukan menggunakan Mysejahtera juga masih diwajibkan kecuali di kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan ramai.
Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan, waktu operasi mengikut syarat lesen. Ini bermaksud, kedai boleh mula beroperasi 24 jam dan dibuka untuk waktu sahur menjelang bulan Ramadhan tak lama lagi.
Aktiviti solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
Had kapasiti 50% aktiviti berkumpulan dimansuhkan dengan syarat ada penjarakan fizikal yang munasabah.
Keputusan terkini ini dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Berikut dilampirkan 10 SOP Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media rasmi pada 8 Mac 2022: