5 Orang Dipercayai Maut Dalam Kemalangan Di Gerik

GERIK: Lima orang dipercayai maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang tadi melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

blank

Sementara itu, sebuah video tular di laman merakamkan kejadian di kawasan kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi berkata, maklumat lanjut mengenai kemalangan itu sedang diperincikan.

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku namun jumlah dan identiti mangsa yang terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.

Sumber: UTUSAN