Permohonan Temujanji PUSPAKOM Bagi Pemeriksaan / Roadtax (LKM)

Selaras dengan pengumuman Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) selepas 30 September ini, PUSPAKOM memohon kerjasama semua pelanggan terlibat untuk membuat temujanji pemeriksaan lebih awal bagi mengelakkan kesukaran mendapatkan slot temujanji pemeriksaan pada saat akhir pelaksanaan moratorium ini.

Sebagai contoh, pelanggan yang Perakuan Pemeriksaan tamat tempoh di antara 1 Jun hingga 31 Ogos 2021, disarankan membuat temujanji pemeriksaan seawal bulan ini dan mereka boleh hadir pemeriksaan tanpa perlu menunjukkan bukti pembayaran saman.

PUSPAKOM juga akan memastikan slot temujanji pemeriksaan adalah cukup sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium ini.

Baca juga: Permohonan Temujanji Online Pejabat Pos Malaysia (Mulai 8 Ogos 2021)

1. Cara Buat Temujanji Online MyPUSPAKOM (Untuk Urusan Pemeriksaan Kenderaan)

Kini rangkaian temujanji MyPUSPAKOM telah diperluaskan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pemeriksaan Kenderaan lebih mudah dengan MyPUSPAKOM. Anda hanya perlu buat temujanji secara online sebelum hadir ke cawangan PUSPAKOM.

Log masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPUSPAKOM di Google Play untuk membuat temujanji pemeriksaan kenderaan anda sekarang.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat temujanji PUSPAKOM secara online:

Cara Buat Temujanji PUSPAKOM (MyPUSPAKOM)

Cara-cara membuat temujanji dalam talian www.mypuspakom.com.my mudah sahaja.

Hanya ikuti langkah-langkah ini untuk membuat temujanji dalam talian dan anda akan diberikan satu kod QR untuk “check in” pada hari pemeriksaan.

  1. Layari laman web www.mypuspakom.com.my.
  2. Daftar akaun individu untuk kenderaan persendirian atau akaun perdagangan untuk kenderaan perdagangan.
  3. Lengkapkan butiran kenderaan untuk membuat temujanji.
  4. Pilih jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan.
  5. Lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan.
  6. Sahkan butiran temujanji. Dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan untuk perhatian anda.
  7. Buat bayaran atas talian.
  8. Anda akan menerima Slip Pengesahan Tempahan melalui e-mel berdaftar untuk setiap transaksi yang berjaya. Bawa Slip Pengesahan Temujanji semasa pemeriksaan.
temujanji puspakom

NOTA:

  • Pendaftaran akaun perdagangan akan diluluskan dalam 3 hari
  • Sekiranya janji dibuat untuk 2 kenderaan yang berbeza, anda akan menerima 2 Slip Pengesahan Tempahan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video di bawah:

Baca juga: Tiada Lagi Lanjutan, Sila Renew Lesen Memandu & Roadtax Sebelum 30 September – JPJ

2. Cara Buat Temujanji PUSPAKOM Untuk Urusan LKM (Renew Roadtax / Cukai Jalan)

Terkini, PUSPAKOM juga menawarkan perkhidmatan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM / roadtax) mulai 1 September 2021.

Berikut dikongsikan cara membuat temujanji PUSPAKOM bagi urusan renew roadtax di kaunter-kaunter PUSPAKOM seluruh Semenanjung Malaysia.

  1. Layari laman web https://lkm-appointment.puspakom.com.my/
  2. Klik ‘Make An Appointment Now’
  3. Pilih Negeri dan Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM yang ingin anda kunjungi.
  4. Pilih Tarikh dan Masa.
  5. Isi maklumat anda dan klik butang ‘Book’.
  6. Selesai. Anda akan menerima e-mel pengesahan temujanji melalui e-mel yang didaftarkan.
renew roadtax puspakom

Untuk maklumat lanjut mengenai MyPUSPAKOM, klik sini Panduan Penggunaan atau hubungi 03-5101 7000, Ahad hingga Jumaat 8 pagi – 5 petang dan Sabtu 8 pagi – 1 petang atau rujuk kepada FAQ di www.mypuspakom.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: