Permohonan Temujanji Online Pejabat Pos Malaysia (Cawangan / Negeri)

TIDAK PERLU BUAT PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE PEJABAT POS MALAYSIA BAGI URUSAN JPJ, WALK-IN DIBENARKAN

Pejabat Pos Malaysia memaklumkan bahawa perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) dan Lesen Memandu Malaysia (lesen memandu) kini boleh dilakukan secara walk-in bermula 6 September 2021.

Ini bermaksud pelanggan tidak perlu lagi memohon temujanji online pejabat pos.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang telah mempunyai janji temu boleh meneruskan temujanji pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sila rujuk makluman penuh melalui notis berikut:

Sebelum ini, POS Malaysia memaklumkan bahawa semua urusniaga JPJ di Pejabat Pos akan disambung semula mulai 9 Ogos 2021 secara janjitemu bagi mengelakkan kesesakan dalam tempoh pandemik ini.

Orang ramai boleh membuat janjitemu secara atas talian mulai 8 Ogos 2021 (Ahad).

Sila rujuk langkah-langkah membuat janji temu Pejabat Pos mengikut cawangan yang anda ingini di bawah.

Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos (Mulai 8 Ogos 2021)

NOTA PENTING

Peringatan sebelum membuat janji temu online di mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia:

  • Pelanggan dibenarkan untuk menempah hanya satu (1) slot temu janji setiap hari dan melakukan maksimum tiga (3) transaksi setiap janji temu.
  • Temujanji Online Pejabat Pos Malaysia hanya boleh dibuat mulai Ahad, 8 Ogos 2021
  • Patuhi semua SOP yang merangkumi pemakaian topeng muka, pastikan pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan jarak fizikal 1 meter dari yang lain ketika mengunjungi premis POS Malaysia.
  • Sekiranya anda tidak sihat atau mempunyai simptom COVID-19, jangan mengunjungi mana-mana kedai Pos Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT JANJI TEMU ONLINE DI CAWANGAN PEJABAT POS

Berikut dikongsikan cara membuat janji temu di Pejabat Pos bagi urusan JPJ.

  1. Layari laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia
  2. Pilih menu janji temu secara dalam talian melalui Outlet Finder (https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/)
  3. Pilih Negeri> Cawangan Pejabat Pos> Klik pada pautan yang disediakan.
  4. Isikan butiran temujanji yang di ruangan yang disediakan.
  5. Sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Pilih menu Outlet Finder di laman web POS Malaysia.

Pilih pejabat pos yang kita nak pergi.

Dah dapat, tekan ‘Book your JPJ service appointment’ macam di bawah ni.

Pilih perkhidmatan JPJ yang ingin dilakukan.

Pilih tarikh & masa.

Isikam butiran diri sekali.

Dah siap tekan ‘Book’. Selesai.

Simpan slip untuk ke pejabat pos nanti ok!

Maklumat lanjut tentang notis ini boleh didapati di https://www.pos.com.my/news-info/renewal-of-lesen-kenderaan-motor-road-tax-and-lesen-memandu-malaysia-driving-licence.html

ATAU

Tel : +603 2267 2267 

Waktu operasi : Isnin – Jumaat : 8.00am – 5.30pm

*Sumber: Facebook POS Malaysia Berhad

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: