Cara Renew Lesen Memandu Online (MyEG). Terus Sampai Depan Pintu!
CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE MELALUI MYEG
JPJ telah memaklumkan bahawa semua lesen memandu dan lesen kenderaan (roadtax) perlu diperbaharui sebelum tarikh 30 September dalam sebuah kenyataan terkini bertarikh 4 Ogos yang lalu.
Jadi, mungkin ramai antara kita yang masih belum renew lesen lagi dan susah nak pergi berurusan di pejabat JPJ ketika PKP.
Jadi, di sini kami kongsikan langkah-langkah untuk renew lesen secara online melalui MyEG melalui sebuah posting oleh DamianaJun di Facebook.
Cara Renew Lesen Secara Online (MyEG)
Alhamdulillah.. walaupon sibuk dan susah nak keluar time PKP ni, berjaya jugak renew lesen online. Abam posmen hantar td.
Korang yang nak renew lesen lepas ni boleh buat online jugak tau..
Ni saya share step by step macam mana nak buat..In shaa Allah senang je.. dah siap posmen hantar sampai depan pintu.
LANGKAH-LANGKAH PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU ONLINE MELALUI MYEG
PENDAFTARAN & LOG MASUK
- Buka portal MyEg di pautan https://www.myeg.com.my/
- Daftarkan sebagai pengguna MyEg jika anda pertama kali menggunakan portal ini.
- Login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
PILIH MENU JPJ
KLIK MENU ‘LESEN MEMANDU’
BACA TERMA & SYARAT. KLIK PROCEED.
ISI MAKLUMAT PEMBAHARUAN & PENGHANTARAN
Isikan tempoh pembaharuan yang diinginkan.
Kemudian kalau anda ingin lesen ini dihantar terus ke rumah, perlu select butang ‘Delivery’.
SEMAK MAKLUMAT
KLIK PROCEED.
BUAT PEMBAYARAN
PILIH KAEDAH PEMBAYARAN
SELESAI!
Dalam tempoh 4-5 hari, runner MyEG akan buat penghantaran terus ke depan pintu rumah anda!
Mudah kan?
Selamat mencuba!
Untuk membuat semakan status penghantara MyEG, anda boleh rujuk di laman web MyEG juga, iaitu di pautan berikut:
https://www.myeg.com.my/delivery_status
Nota: Selain memperbaharui lesen memandu di MyEG, anda boleh menggunakan Portal mySikap JPJ. Sila rujuk langkahnya melalui artikel di bawah:
- mySIKAP: Cara Memperbaharui Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
- Urusan JPJ Boleh Dibuat Di Pejabat Pos Malaysia Mulai 9 Ogos 2021
Maklumat Lanjut
- Talian hotline MyEG: 03-7801 8888
- https://www.myeg.com.my/contact_us#contacts
*Kredit Sumber Asal : DamianaJun Pakar Tilam Handmade