“Dari 2015, Sekarang Dah 2022″… Posting Lama Pelanggan Restoran 35 Viral Semula

Hangat minggu ini dengan isu Restoran 35 di Melaka yang viral apabila salah seorang pengguna media sosial memuatnaik rakaman dan hantaran tentang layanan yang diterima.

Video pemilik restoran yang dikatakan memarahi pelanggan dan mengeluarkan bahasa kasar itu menjadi tumpuan netizen sehingga mendapat liputan berita serta akhbar tempatan.

Baca: ‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – Peniaga Restoran 35 Melaka Viral Maki Pelanggan

Susulan hantaran itu, ramai yang turut emosi, bahkan ada yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa apabila makan di restoran berkenaan.

Sebuah hantaran di Facebook dari tahun 2015 kini menjadi tumpuan netizen dan tular semula dan dipenuhi dengan komen netizen.

Pengguna tersebut turut berkongsi rasa kecewa apabila menerima layanan buruk di situ.

“Saya dari kecil dulu makan kat restoran nie. Dulu di Padang Pahlawan, sekarang di sebelah Mahkota Parade. Orang memang ramai, makanan memang sedap, tapi sayang penjual perangai buruk.”

Penjual lelaki: bang nak makan apa?
Saya : Saya nak bungkus lauk.
Penjual lelaki: sini tak jual lauk bang, kena beli ngan nasi sekali. Jap ye bang.

Saya boleh terima lagi, dalam hati “beli je la nasi sekali”… 5min kemudian, datang kakak nie…

Kakak penjual: Dik nak makan apa?
Saya: Saya nak bungkus kak.
Kakak penjual ( dengan nada lantang dan menyakitkan hati) : nak bungkus dok tepi sikit, akak bagi siapa yang makan dalam kedai dulu!

Tergamam sekejap…. tunggu lagi 5min…. langsung x layan, saya tercongok la depan lauk tu menengok diorang ni ke hulu ke hilir mcm x nampak saya.

Ok, angkat kaki dan terus bla. Kesian diorang nie, Allah beri rezeki korang buat camni? In shaa Allah tuhan akan balas. Amin.

Di ruangan komen, rata-rata ramai netizen yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap peniaga restoran.

Namun, tidak kurang juga yang berasa pelik kerana restoran itu masih dikunjungi ramai pelanggan hingga ke hari ini.

Apa pendapat anda?

Sumber: Facebook Ali Arami

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: