‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ – Peniaga Restoran 35 Melaka Viral Maki Pelanggan
VIRAL RESTORAN 35 MELAKA MAKI PELANGGAN, BUKAN KALI PERTAMA
Tak dinafikan dalam musim cuti sekolah ini, ramai pengunjung cukup suka datang ke Melaka. Malah, ada yang datang dari jauh sekadar untuk ‘jalan-jalan cari makan’.
Antara makanan viral yang sinonim dengan Melaka adalah Kuih Keria Antarabangsa, Coconut Shake Klebang / Batu Berendam, Mee Kari / Mango Float Sg Putat, Mee Hassan, Mee Besen dan banyak lagi.
Menyajikan lauk-pauk dan asam pedas, Restoran 35 juga tersenarai sebagai antara tempat makan yang popular di Melaka.
Namun, kedai makan ini telah beberapa kali mencetuskan kontroversi akibat bahasa kasar yang digunakan terhadap pelanggan.
Sebelum ini, Restoran 35 difahamkan bergaduh dengan seorang founder kosmetik apabila menghalaunya daripada membuat LIVE di situ.
Terkini, difahamkan kedai makan itu telah memaki pelanggan yang membawa keluarganya makan dari Singapura.
Viral Restoran 35 Melaka Maki Pelanggan
Wanita yang dikenali sebagai SisYana Lashes di Facebook itu meluahkan rasa tidak puas hati melalui sebuah hantaran:
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. Sedih tau, kita datang nak antau duit kat org tp layanan yg mcmmana mereka balas ni? 😢 Fmly aku dtg pkl 2petang, dtg tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanye lauk ni je yg tinggal kak? Akk kat cermin tu jawab ha ye, sbb ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada le lauk lagikn. Kalau hbis kau ckp le hbis, makcik puaka menyampuk “kau dtg dh pkl berapa kalau ada gajah, gajah pun habis” Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound cmtu tapi aku ni fikir org tua hidup pun dah tak lama malas layan masih lagi order and terus makan, sbb aku dh lapau nau.
Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia ckp dengan baik maaf dik dh tutup atau kami tak terima pelangan lagi maaf. Dari aku masuk sampailah dah byr n balik perkataan MAAF langsung takda. Sebelum ni dengar viral pasal makcik tu punya mulut tak kene kat muka kita mmg kita ok je, dah kene baru tahu. Sakit sial! Tak salah pun kene halau kene maki ke siak!! Ni manusia ke apa?
Dah order tengah santai menghayati lauk-lauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar yg aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangnya dia bebel “mengatuss tak habis-habis” mcm punca hal ni tadi dari fmly aku. Aku pelik le apa masalah makcik ni ek apa salah fmly aku ni. Tgh makan pelik memikirkan apa sial le puakanya mulut makcik ni membebelkn psl fmly aku ni. Apa yg tak sudah2 lagi ni. Aku ni dh duduk makan dh ni. Mcm panas nau hati makcik tu dgn kami! Tak suke halau je tak ni bebel-bebel mcm org bodoh!
Nasiblah aku ni pandang muka mak aku, paklong maklong aku dari singapore tu. Kalau tak aduhai malas cakap ah, lgpun org tua aku ni malas layan tapi bila apa yg korang dengar video tu memekik2 korang rasa? Bila mak aku bersuara anak dia pulak menyampuk makikan mak aku. Betul le org kata mcmmana mak mcm tu le anak 🤷♀️
Dengan apa yg kami makan bil RM240 tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira halalkan kalau main tikam dunia akhirat aku tak halalkan ☺️ pandai-pandai le jawab kat sana nanti hehe. Selama aku hidup mcmmana mak aku pun cakap pertama kali jumpa org berniaga mcmni. Mulut2 puaka pun sampai hari ni customer dia ramai tau. Tak kesahlah sbb yg datang tu pun semua org luar. Tapi rezeki yg mcmmana kau dpt tu makcik! Berkat sangatlah tu kalau dah mulut mcm lanun ☠️ tu!
Ada ke patut makcik tu kata “takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan” aduhhh mcm kene toreh-toreh hati aku ni. Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu duk pelusuk dapur jadi radio buruk dari anak-anak bawak kau pergi makan! Yg anak-anak kau tu pun dah boleh tutup kedai bercuti makan angin kalau dah rasa penat nau berniaga tu! Jangan berniaga hari-hari cari rezeki tapi pakej dapat dosa sekali.
Malu sial org luar tengok dan dengar sendiri org melaka berniaga nak bagi org makan dengan cara mcm ni. Walaupun org luar tu dari SINGAPORE sedara-mara aku aku tetap rasa MALU!!!
JUMPA ORG MELAKA PALING BIADAP MCM KAT RESTORAN NI !!!!
‘Memang Itu Perangai Mak Saya’ – Peniaga
Susulan tular video pelanggan dakwa dia dan keluarganya dari Singapura dimaki oleh peniaga Restoran 35 di Melaka baru-baru ini, anak kepada peniaga berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
Berkata kepada mStar Online, Illa kesal dengan tindakan SisYana membuat dakwaan yang dianggapnya tidak berasas di media sosial, sekali gus boleh menjejaskan imej restorannya.
Menurut Illa, pelanggan berkenaan datang ke restorannya di Bandar Hilir pada jam 4 petang, bukannya 2 petang seperti yang didakwa.
“Bila dah datang pukul 4 petang, memanglah banyak barang dan makanan habis. Kedai buka pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang. Kadang-kadang tutup awal kalau barang atau makanan dah habis. Tapi saya dah maklumkan, kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan harga mahal RM240, Illa menjelaskan, SisYana datang bersama keluarganya seramai 10 orang dan memesan hidangan lauk ikan pari, kerabu mangga, telur dadar dan daging goreng kunyit. Harga yang dikenakan berdasarkan apa yang dipesan.
Mengenai ibunya yang bersuara lantang di hadapan pelanggan, Illa memaklumkan isu itu bukanlah perkara baharu.
“Memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun. Kalau pelanggan tetap, mereka tahu macam mana perangai mak saya.
“Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video itu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut,” katanya.
Illa mendakwa, SisYana sengaja mencari publisiti bagi memburukan imej perniagaan keluarganya yang telah diusahakan lebih 30 tahun lalu.
“Biarlah dia nak viralkan pun, cuma saya kesal ia memberi kesan pada imej dan nama baik restoran kami. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai. Tak boleh nak puaskan hati semua,” katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang dikenali sebagai Diana berkata, “Saya saksi kejadian. Kami sampai awal sikit dan masa makan tu segala perasaan anxiety ada.
“Tuan kedai memekak macam marah orang datang kedai dia. Saya pun orang Melaka tetapi duduk di Selangor.
“Kita meniaga, cakap elok-elok dengan pelanggan sebab pelanggan itu (SisYana) okay je, tanya lauk. Masalahnya bukan customer itu seorang saja yang kena bambu, mana-mana pelanggan yang bertanya semua kena sekali.
“The best part is (dia kata), ‘Saya dah meniaga 50 tahun’,” katanya.
Ramai Dah Kena ‘Sound’ Kat Situ – Netizen
Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan peniaga Restoran 35 walau apa pun alasan yang diberikan.
Walaupun orang Melaka agak terkenal dengan ‘cakap kasar’, rata-rata orang Melaka sendiri mengaku berasa malu dengan makian yang dilemparkan oleh peniaga tersebut.
Bahkan, ramai mengatakan bahawa mereka juga pernah ‘terkena’ ketika datang ke restoran ini.
Menjenguk di ruangan komen, rata-rata ramai yang pernah berkunjung ke kedai ini mengatakan hal yang sama, namun difahamkan makanan di sini memang sedap.
Ramai pengguna media sosial juga berpendapat bahawa terdapat banyak lagi kedai makan lain yang boleh dikunjungi kerana Melaka memang terkenal dengan variasi makanan dan asam pedas yang menyelerakan.
Jadi, apa kata anda?
Nak pergi tak Restoran 35 di Melaka ni?
Sumber: Mstar Online, Facebook SisYana Lashes, Melaka Daily
Baca juga: