Keluarga ‘Support’ Susah & Senang, Antara Asbab Ryan Bakery Berjaya

ryan bakery keluarga

Tentu ramai antara kita yang dah kenal dengan Ryan Bakery yang popular dengan trademark bedak di muka ala-ala budak sekolah zaman 90-an kan?

Bukan sahaja konten yang dimuatnaik menimbau nostalgia, malah ia juga menghiburkan dan mempunyai mesej-mesej positif.

Tahukah anda, rupa-rupanya ramai ahli keluarga Ryan yang terlibat dalam pembikinan video Tiktoknya yang meraih begitu banyak tontonan sehingga ke hari ini.

Dalam sebuah perkongsian terkini, adik Ryan, yang dikenali sebagai Kila Bakery telah memuatnaik sebuah video khas untuk melahirkan rasa sokongan terhadap abangnya itu.

Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun kilabakery dan telah meraih lebih 2.2 juta tontonan dan 235 ribu likes.

Judul video ‘kami akan sentiasa berada di belakang Along’ ini memaparkan setiap seorang ahli keluarganya yang turut sama hadir membantu jadi watak sampingan dalam karya Ryan Bakery.

Sumber : Kila Bakery Tiktok

Terharu!

Begitu ramai yang berasa sebak dan memuji sikap Ryan yang mendahulukan keluarga dalam apa-apa bidang yang diceburi.

Difahamkan Ryan Bakery dahulu bekerja dalam bidang aviation (penerbangan), namun telah kehilangan kerja akibat PKP dahulu.

Namun, kini rezeki memihak kepadanya setelah mendapat pelbagai tawaran lakonan dan perniagaan apabila video kontennya di Instagram dan Tiktok menjadi viral serta mendapat perhatian media dan bualan ramai.

Dalam salah satu komen, ayahnya En Bakery turut menyatakan rasa terharu apabila menonton video tersebut:

“Sedih pulak ayah”

EN BAKERY
blank

Selain itu, rata-rata netizen mngucapkan tahniah atas kejayaannya dan keluarga yang dilihat amat positif kerana sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan.