Pelajar Tingkatan 4 Maut, Disyaki Ditekup Bantal Oleh Teman Lelaki

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman, Pandamaran, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 3.40 pagi yang memaklumkan terdapat seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman rumah itu.

“Pada jam 2 pagi semalam, suspek membawa mangsa ke bilik rumahnya, kemudian berlaku perselisihan faham dan suspek dipercayai telah menyebabkan kematian mangsa. Suspek kemudian telah mengangkat mangsa dan membawa keluar dari bilik hingga ke halaman rumah.

“Pada jam 2 pagi semalam, suspek membawa mangsa ke bilik rumahnya, kemudian berlaku perselisihan faham dan suspek dipercayai telah menyebabkan kematian mangsa. Suspek kemudian telah mengangkat mangsa dan membawa keluar dari bilik hingga ke halaman rumah.
— Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong

“Kemudian suspek meminta bantuan daripada ahli keluarganya yang sedang tidur di dalam rumah tersebut. Ahli keluarga kemudian menelefon polis memaklumkan mengenai kejadian itu dan kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, hari ini.

Katanya, suspek berusia 24 tahun itu dan mangsa, pelajat tingkatan empat, sudah berkenalan selama setahun serta hubungan mereka diketahui keluarga masing-masing, selain mangsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya.

Cha berkata, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher.

“Laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas akibat ditekup,” katanya.

Suspek Kini Telah Ditahan

Beliau berkata, suspek, yang tiada rekod lampau, ditangkap di lokasi kejadian dan kini direman sehingga 3 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek warga tempatan berusia 24 tahun itu yang dipercayai kekasih mangsa dicekup sejurus selepas kejadian dan direman sehingga 3 Julai ini bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas akibat ditekup.

Selain itu polis turut merampas bantal yang disyaki digunakan untuk melemaskan mangsa.

“(Kejadian) berlaku di rumah suspek lelaki, disyaki guna bantal jadi bantal kita jadi barang bukti, punca kematian adalah lemas akibat ditekup, mula-mula siasatan menunjukkan ke arah itu, tapi selepas post-mortem adalah lemas akibat ditekup, sama ada dia meniarap atau ditekup guna bantal itu tunggu siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, hari ini.

Sebelum itu katanya , polis menerima panggilan kira kira jam 3.40 pagi semalam yang melaporkan terdapat seorang wanita ditemui tidak sedarkan diri di hadapan rumah berkenaan.

Soal siasat mendapati, pada jam 2 pagi, suspek membawa mangsa ke biliknya sebelum berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan kematian.

Suspek kemudiannya dipercayai mengangkat mangsa dan membawa keluar dari bilik hingga ke halaman rumah.

Suspek sendiri turut meminta bantuan ahli keluarga dan memaklumkan kepada pihak polis.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemeriksaan forensik juga menemui beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher remaja terbabit.

Mangsa merupakan pelajar sekolah berusia 16 tahun dan tinggal bersama bapa saudaranya di Puchong, manakala suspek yang juga penganggur adalah penghuni rumah berkenaan.

Siasatan awal mendapati, suspek berkenalan dengan mangsa sejak setahun lalu dan pernah membawanya ke rumah beberapa kali.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: BERNAMA, Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: