“Crackhouse Comedy Club Hanyalah Platform” Pelawak Jelaskan Isu Tular
Isu seorang wanita yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran dan menanggalkan pakaian di atas pentas ketika ‘stand up comedy’ di sebuah kelab komedi (Crackhouse Comedy Club) mendapat perhatian ramai.
Ia menimbulkan kekesalan, di mana aksi tersebut dilihat sebagai suatu penghinaan terhadap agama Islam.
Warga maya menitipkan pelbagai komen kurang selesa dengan tindakan wanita tersebut, serta tidak kurang juga yang menggesa agar kelab komedi tersebut disiasat dan disita.
Dalam sebuah kenyataan, kelab itu telah memaklumkan bahawa pihak mereka mngutuk sekeras-kerasnya rakaman video yang tular tersebut, di mana individu yang berkenaan telah dilarang daripada kembali ke situ.
Selain itu, pihak mereka juga telah memfailkan laporan polis mengenai insiden ini di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.
Menyoroti insiden berkenaan, ramai pelawak turut melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan wanita itu.
Namun, para pelawak mempertahankan Crackhouse Comedy Club kerana mereka tidak terlibat dengan konten yang dipersembahkan oleh wanita tersebut.
Ahmad Zaidi Masri atau JD Raja Lawak menyifatkan tindakan wanita hanyalah menggunakan pentas stand-up comedy untuk mencari publisiti.
Abdullah Mazlan juga berpendapat bahawa Crackhouse Comedy Club tidak patut dipersalahkan kerana ia hanyalah menyediakan tempat bagi pelawak-pelawak bermula.
Difahamkan bahawa wanita yang viral itu merupakan orang awam yang pertama kali naik ke pentas ketika sesi ‘open mic’ di mana sesiapa sahaja boleh bercakap dan melontarkan idea / material komedi masing-masing.
Perkara ini turut dipersetujui oleh Nizam Jentik Jentik bahawa segala konten adalah 100% dari pelawak.
Katanya melalui sebuah hantaran di Facebook, kejadian terjadi apabila seorang pelawak baru memohon untuk diberikan slot persembahan selama 3 minit.
Isu ini juga timbul apabila wanita itu sendiri yang merakam dan menyebarkan di sosial media apabila tidak berpuas hati dengan amaran yang diberikan oleh kelab komedi berkenaan.
Sumber: Facebook Nizam Jentik Jentik
Pelawak berkenaan juga meminta orang ramai agar terus memberi sokongan kepada industri standup Comedy di Malaysia.
Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengesahkan bahawa video tular wanita yang didakwa mempersenda dan menghina kesucian agama Islam sudah dalam tindakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Baca juga: Apa Itu Visa Furada? Scam Pergi Haji Ke?