Kepada Pengguna Mod Modem Wifi, Ini Hukuman Yang Anda Bakal Terima

Penggunaan modem wifi secara mod semakin berleluasa masa kini. Bagi anda yang belum mengetahui apa tu mod modem, mod modem adalah satu peranti broadband wifi yang telah di’mod’kan untuk membolehkan pengguna menggunakan internet tanpa had di broadband tanpa kehabisan data hotspot.

Terbaru, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom sedang giat mengesan pengguna yang melakukan mod modem ini. Tindakan ini adalah menyalahi polisi mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia bukan sahaja Celcom. Antara yang tertera di polisi adalah seperti di bawah ini.

Kegiatan ini sudahpun dikesan oleh pihak Celcom dan pengguna yang dikesan menyalahi polisi dengan menggunakan mod modem ini akan digantung selama 2 minggu servis data. Melalui apa yang tular di media sosial, terdapat beberapa individu sudahpun menerima penggantungan tersebut dalam minggu ini.

Di Malaysia perkara mengubah suai modem bukanlah sesuatu yang baharu. Ini kerana ada sesetengah pelanggan hanya ini mendapatkan servis kelajuan internet setimpal dengan apa yang dibayar dan perkara ini tidak terjadi.

Mungkin atas faktor perkara ini tular di media sosial menyebabkan Celcom mula bertindak. Berkemungkinan juga pihak syarikat telekomunikasi yang lain juga turut akan berbuat demikian pada masa akan datang jika dikesan pengguna mereka menggunakan mod modem ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: