Cara Guna Whatsapp Web Di Laptop / Komputer & Kelebihannya
CARA GUNA WHATSAPP WEB
Tahukah anda, Whatsapp juga boleh dilayari menggunakan laptop mahupun komputer melalui Whatsapp Web.
Penggunaan Whatsapp di laptop atau desktop (komputer) tentunya dapat memudahkan kita untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam Whatsapp untuk diolah ke dalam bentuk-bentuk lain seperti Microsoft WORD, membolehkan dokumen dipindahkan, memudahkan fail untuk dicetak, dan sebagainya.
Mungkin masih ramai lagi tidak tahu mengenai kemudahan yang telah disediakan oleh Whatsapp Web untuk pengguna.
Jom kami kongsikan cara mudah menggunakan Whatsapp Web ini.
Cara Guna Whatsapp Web Untuk Laptop / Komputer
Untuk menggunakan Whatsapp Web, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web web.whatsapp.com
- Buka aplikasi Whatsapp pada handphone anda.
- Pergi Ke Bahagian Setting (butang 3 titik di kanan atas).
- Tekan Linked Devices.
- Letakkan handphone anda pada QR code yang tertera di skrin.
- Whatsapp web akan terbuka secara automatik dan sedia untuk digunakan pada laptop atau komputer anda!
Sila rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1
Layari laman web web.whatsapp.com
Paparan seperti ini akan keluar.
LANGKAH 2
Buka aplikasi Whatsapp di telefon bimbit anda.
LANGKAH 3
Tekan butang 3 titik (Settings) di atas kanan (seperti dalam gambar di bawah).
LANGKAH 4
Tekan Linked Devices.
LANGKAH 5
Halakan handphone anda ke skrin komputer / laptop dan scan QR Code yang tertera pada skrin tadi.
LANGKAH 6
Tekan butang Link A Device seperti dalam paparan di bawah.
LANGKAH 7
Selesai.
Kini anda boleh mengakses Whatsapp dari laptop dan membuka mesej yang diterima dari handphone dengan mudah.
Selepas selesai, jangan lupa log out ya!
Anda boleh juga melihat video di bawah untuk melihat langkah menggunakan Whatsapp Web dan mengetahui kebaikan dan kelemahan Whatsapp Web itu sendiri.
Semoga info ini dapat membantu memudahkan kerja anda. Selamat mencuba!
Baca juga: