Cara Tutup Fungsi ‘Blue Tick’ (Seen) Whatsapp. Boleh Elak Salah Faham
CARA TUTUP FUNGSI ‘BLUE TICK’ (SEEN) PADA WHATSAPP
Fungsi ‘blue tick’ pada Whatsapp menandakan seseorang telah membuka / membaca mesej yang dihantar, sama ada secara sengaja atau tidak (seen).
Kadangkala, ‘blue tick’ ini menjadi satu punca salah faham kena seseorang dianggap sengaja tidak mahu membalas mesej walaupun telah membacanya.
Dr Hazreen A Rashid, doktor Pakar Psikiatri juga pernah berkongsikan bahawa hubungan ibu ayah dengan anak, bos dan pekerja, hubungan antara kawan boleh rosak hanya disebabkan fungsi “blue tick” dan “seen” tersebut.
Disebabkan itu, ramai yang mula memilih untuk disable atau menutup fungsi ‘blue tick’ pada Whatsapp.
Malah, ramai yang bersetuju bahawa tindakan menutup fungsi ‘blue tick’ ini menjadikan kehidupan mereka jauh lebih gembira dan tenang.
Jom kami kongsikan cara nak tutup fungsi ‘blue tick’ pada Whatsapp anda.
Mudah saja!
Baca juga: Boleh Selamatkan Nyawa, Ini Cara Guna Pulse Oximeter. Wajib Beli
Cara Tutup Fungsi ‘Blue Tick’ Pada Whatsapp
- Buka aplikasi Whatsapp
- Pergi ke bahagian ‘Setting’
- Tekan ‘Account’.
- Pilih menu ‘Privacy’.
- Slidekan butang untuk mematikan fungsi ‘Read Receipts’ (turn off).
- Selesai.
Rujuk langkah bergambar di bawah.
LANGKAH 1
Tekan butang 3 titik di bahagian atas kanan muka utama Whatsapp.
LANGKAH 2
Tekan ‘Setting’.
LANGKAH 3
Tekan ‘Account’.
LANGKAH 4
Kemudian tekan ‘Privacy’.
LANGKAH 5
Slidekan butang ‘Read Receipts’ tu ke kiri untuk turn off atau menutup fungsi ‘blue tick’ anda.
Ok bila dah off, akan nampak macam di bawah ni.
Selesai!
NOTA:
- Jika anda memilih untuk menutup fungsi ‘Bluetick’, kedua-dua pihak, termasuklah anda tidak akan dapat mengetahui sama ada mesej itu sudahpun dibaca ataupun tidak.
- Fungsi ‘Bluetick’ pada Whatsapp tidak boleh dimatikan untuk perbualan dalam kumpulan (Group)
- Walaupun telah mengubah setting ‘Read Receipts’, penghantar mesej masih boleh melihat siapakah yang telah membaca mesejnya melalui pilihan Message Info.
Baca juga: Cara Lajukan Phone Yang Asyik ‘Hang’ & Berat. Buang Yang Tak Perlu!