Intel Kembali Menjadi Pilihan Utama Buat Gamers

Intel dan AMD adalah 2 syarikat yang bersaing dalam cip pemprosesan komputer. Sejak akhir ini, AMD berjaya mendominasi pasaran cip pemprosesan komputer berbanding Intel dengan cip keluaran terbaharu mereka yang lebih berkuasa.

Baru- Baru ini, STEAM iaitu sebuah platform permainan video telah melakukan kaji selidik dan mendapati para pemain permain lebih memilih Intel jika dibandingkan dengan AMD. Sila lihat hasil kaji selidik di bawah.

Sehingga bulan Jun ini, Intel kekal dengan penguasaan sebanyak 71.58% dan AMD hanya 28.41% iaitu peningkatan sebanyak 1.72% untuk Intel dan penurunan -1.72% bagi AMD berbanding bulan mei.

Penurunan bagi AMD ini mungkin disebabkan oleh kekurangan stok secara global tetapi mereka telah berjaya melepasi sasaran dalam tahun ini iaitu lebih 30%.

Walaupun kaji selidik ini hanya daripada platform STEAM, tetapi ianya dapat memberi gambaran terhadap trend semasa diantara Intel dan juga AMD.

Namun kita perlu mengambil kira kerana kaji selidik ini terhad kepada para pemain permainan yang menggunakan STEAM dan yang bersetuju mengambil bahagian dalam kaji selidik ini.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada kestabilan pasaran cip buat masa sekarang, tidak mustahil untuk AMD mengambil alih semula dominasi dalam pasaran. AMD perlu fokus untuk menghasilkan cip dan mengedarkannya secepat mungkin.

Bagaimana dengan pendapat anda? Adakah anda memilih Intel atau AMD untuk komputer anda? Kongsikan pendapat anda diruangan yang disediakan.

Sumber: TechRadar, STEAM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: