Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam. Terjamin Bersih & Mudah Sangat!

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE GUNA TELUR AYAM

Mesti ramai antara kita yang suka sangat makan telur masin sebagai pembuka selera, lebih-lebih lagi bila kena dengan sambal belacan dan ulam.

Nak masuk bulan puasa nanti, boleh juga dibuat stok sahur. Barulah berselera nak makan kan?

Sebenarnya mudah sangat cara buat telur masin homemade ni.

Tak kisah nak guna telur itik atau telur ayam, boleh guna cara yang sama.

Di sini kami kongsikan cara buat telur masin guna telur ayam oleh Raffizah Redzwan.

Cara Buat Telur Masin Guna Telur Ayam

Jom tengok bahan-bahan dan langkah-langkah selanjutnya di bawah.

Saya guna telur ayam sebab lagi senang nak dapat kan.

Bahan-bahan

  • Telur 30 biji
  • 2 cawan garam + 6 cawan air (lebihkan sedikit pun tak apa jika tak nak terlalu masin)

Cara-cara

  1. Masak sampai garam larut.
  2. Sejukkan air.
  3. Cuci telur bersih-bersih
  4. Kemudian, susun telur ke dalam balang dan masukkan air garam yang dah sejuk tadi.
  5. Simpan di tempat gelap selama 2 minggu.
  6. Lepas cukup 2 minggu, keluarkan air garam tukar air masak biasa. Masukkan dalam peti ais, nanti bila nak makan baru keluarkan.
buat telur masin
Boleh guna apa-apa garam
cara buat telur masin
Masak air garam sampai larut.

Baca juga: Cara Halau Perosak Tanaman Guna Kulit Bawang. Pokok Pun Makin Sihat

cara buat telur masin

Inilah hasilnya selepas 2 minggu.

Hasil telur masin homemade guna telur ayam.

Mudah sangat kan nak buat telur masin homemade ni?

Lepas ni tak perlu susah-susah nak beli lagi, boleh adjust ikut kemasinan yang kita suka dan yang paling penting – TERJAMIN BERSIH!

Selamat mencuba.

*Sumber: Raffizah Redzwan

Baca juga: Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu. Banyak Khasiat & Menyegarkan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: