Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu. Banyak Khasiat & Menyegarkan

RESEPI AIR BUNGA TELANG LEMON MADU

Cuaca panas petang ni sedap juga kalau buat minuman sejuk-sejuk kan?

Apakata kita cuba resepi Air Bunga Telang Lemon Madu ni.

Saya pun baru try buat air ni, campur Nata de Coco. Hmm, boleh tahan rasanya. Sedap dan menyegarkan!

Kelebihan Bunga Telang Pada Kesihatan

Yang menariknya dan mungkin ramai tak tahu, rupanya ada banyak juga komponen berkhasiat dalam bunga telang ni tau.

Menurut Root Of Science antara komponen tersebut adalah:

  1. Antosianin (anthocyanin)

Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan jingga.

Komponen antosianin ini terkenal dengan sifat anti-oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser.

Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba.

  1. Flavonol glykosida (flavonol glacosides)

Flavonol glykosida adalah sejenis komponen berwarna kuning yang terdapat di dalam bunga telang.

Ianya juga boleh didapati pada mana-mana jenis tumbuhan yang lain dan bersifat anti oksida.

  1. Triterpenoids

Triterpenoid adalah sejenis komponen yang boleh didapati di dalam tumbuhan herba dan buah seperti epal, kranberi, lavender dan bunga telang.

Di kawasan Asia, triterpenoids digunakan di dalam perubatan untuk tujuan anti radang, pelali dan lain-lain.

Resepi Air Bunga Telang

Ok dah tahu kelebihan bunga telang, mesti dah teruja nak buat kan?

Mudah saja nak buat.

Bahan-bahannya:

  • Bunga Telang
  • Lemon
  • Madu
  • Nata de Coco
  • Ketulan ais

Caranya :

Masak air dgn 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan.

air bunga telang

Kemudian sejukkan.

Bila dah sejuk, masukkan air rebusan bunga telang tadi ke dalam gelas.

Kemudian perah lemon sikit dan sedikit madu. Lepas perah lemon nanti air biru bunga telang pun akan bertukar jadi ungu (purple). Cantik!

Baca juga: Resepi Rendang Ayam Asli Warisan yang Sedap dan Mudah

air bunga telang

Lepas siap tu bolehlah tambah nata de coco, madu atau apa-apa lagi bahan lain ikut citarasa kita,

Kemudian hidangkan dan minum sejuk-sejuk.

Simple je kan?

Jom manfaatkan apa yang kita tanam dan apa yang ada di sekeliling rumah kita.

*Kredit resepi : Wati Zal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: