Kita masih dalam mood raya ni.
Apa kata cuba pula resepi rendang ayam warisan dari Zaky Mat Ali ini.
Mudah tetapi sedap.
Bahan-bahan pun pakai apa yang ada di dapur saja.
Jom tengok resepi perkongsian Tuan Zaky ini.

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 asam keping
1 helai daun kunyit diracik halus
3 helai daun limau purut di hiris kasar
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar :
- 20 biji cili kering
- 2 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 9 ulas bawang putih
- 4 batang serai
- 3 inci kunyit hidup
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
Cara-cara masak ayam rendang warisan :
- Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
- Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
- Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
- Gaul rata dan siap.
Sedia untuk dihidang.

Makan pula bersama ketupat dan lemang.
Seolah makan dengan Ayahanda Bonda di kampung je.
Alahai, menggamit memori betul time PKPB ni.