Cara Halau Serangga Perosak Tanaman Guna Kulit Bawang. Pokok Pun Makin Sihat
Pening kepala juga nak fikirkan cara halau perosak tanaman ni kan?
Biasanya kalau kita tanam apa-apa jenis pokok, mesti ada satu masa akan alami masalah perosak seperti semut, ulat beluncas, kutu thrip, bena putih dan lalat.
Tanpa menggunakan racun kimia, anda boleh cuba cara mudah ini dengan hanya menggunakan kulit bawang.
Selalunya kita buang je kan kulit bawang ni? Sebenarnya ada banyak khasiatnya dan memang berkesan untuk membantu mengatasi masalah tanaman dan pokok di kebun.
Menurut Liyana Mohd Poad, selepas tiga hari guna memang betul rasa puas hati. Semut kecil dan semut hitam dah tak ada.
Jom kita tengok bagaimana cara nak gunakan kulit bawang ni dan apa khasiatnya untuk tanaman.
Khasiat Kulit Bawang Untuk Tanaman
Kulit bawang ni selain dapat membunuh hama pada tumbuhan, zat yang ada pada kulit bawang juga mampu menyuburkan pokok.
Pokok subur mampu menghasilkan bunga yang lebat. Dan bagi pokok buah pula, dapat menghasilkan buah yang besar.
Ini kerana kulit bawang dan bawang putih merupakan sumber vitamin A, C, E, dan banyak antioksidan.
Kulit bawang juga kaya dengan sumber flavonoid, terutama quercetin, sejenis anti-oksidan dan bersifat anti-radang.
Selain itu, kita juga dapat memanfaatkan sepenuhnya hasil buangan di dapur dan menggunakan baja semulajadi tanpa bahan kimia kan?
Baca juga: Cara Berkesan Halau Tikus Guna Kulit Telur. Lipas, Semut, Cicak Pun Lari!
Cara Halau Serangga Perosak Tanaman Guna Kulit Bawang
Ada beberapa cara untuk kita halau perosak tanaman dan menyuburkan tanaman guna kulit bawang.
Sama ada kita terus letak saja kulit kulit bawang ni dalam pasu bunga dan siram, atau boleh buat peraman seperti di bawah:
- Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
- Rendamkan kulit bawang tadi sekejap dalam air selama beberapa minit.
- Kemudian, isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya. Simpan dua hari di bawah sinki dapur.
- Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali, (Contohnya botol jus oren twister.)
- Tambah air paip bagi penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air.
- Lepas tu spray pada pokok yang bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Kulit bawang yang telah dikupas. Selalunya kita buang je kan? Lepas ni bolehlah kumpul ya.
Rendamkan macam ni.
Peramkan selama 2 hari. Lepas tu bolehlah guna.
Kalau nak lagi senang, boleh juga terus letak pada pokok macam ni.
Baca juga: Bubuh Garam Lepas Tutup Api, Bukan Masa Memasak. Ini Sebabnya – KKM
Mudah kan cara nak halau serangga perosak tanaman ni?
Selamat mencuba!
Kredit : Liyana Mohd Poad