in ,

Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Mulai 1 Oktober. Jom Cepat!

ADVERTISEMENT

Pelancaran iPhone 13 pada 15 September yang lepas menyaksikan ramai peminat tegar pengguna jenama Apple itu tidak sabar untuk menukar iPhone mereka kepada siri yang terbaharu

Berita baik untuk anda kerana mulai 1 Oktober akan datang anda sudahpun boleh pra tempahan kesemua model iPhone 13 untuk pasaran Malaysia. Namun ianya secara rasmi akan dijual bermula 8 Oktober 2021.

ADVERTISEMENT
This image has an empty alt attribute; its file name is image-33.png

Anda boleh membuat pra tempahan melalui laman sesawang rasmi Apple ataupun melalui pengedar rasmi Apple seperti Machine, Switch dan juga syarikat telekomunikasi. Laman edagang seperti Shopee juga turut membuka pra-tempahan iPhone 13.

Pada 15 September yang lepas, Apple telah melancarkan 4 siri iPhone 13 iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan juga iPhone 13 Pro Max.

Siri terbaharu ini didatangi dengan sistem operasi yang baru selain daripada penambah-baikkan kepada ciri rakaman gambar dan video seperti Cinematic Mode.

Selain itu, kuasa pemprosesan juga dipertingkatkan 50% lebih pantas dan 30% lebih kuasa grafik lebih pantas.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-37.png

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan iPhone 13 mini bermula pada berharga RM3,399.00 dan iPhone 13 pula berharga dari RM3,899.00 untuk storan paling kecil iaitu 128GB.

Manakala iPhone 13 Pro pula dijual pada harga RM4899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7199 untuk 1TB. iPhone 13 Pro Max pula dijual pada harga RM5299 untuk storan 128GB dan mencapai sehingga RM7599 untuk storan 1TB!

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boleh Temani Isteri Di Wad Bersalin Mulai 4 Oktober. Ini Syaratnya – KKM

Kenapa Anda Perlu ‘Check-out’ Dalam Aplikasi MySejahtera? Ini Penjelasan KKM