in ,

Ini Ciri-ciri Yang Lebih Canggih Pada Vivo V21e 5G Terbaharu!

ADVERTISEMENT

Secara rasminya hari ini Vivo telah dilancarkan model terbaharunya iaitu Vivo V21e 5G di sebuah acara yang berlangsung di India.

Untuk spesifikasi Vivo V21e 5G ini, ianya menggunakan sistem operasi Funtouch OS 11.1 berdasarkan Android 11. Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 700 serta dipadankan dengan memori 8GB + 3GB RAM dan storan dalaman 128GB.

ADVERTISEMENT

Skrinnya pula bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 × 1080 piksel) dan hadir dengan dwi-kamera di belakang iaitu 64 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel kamera ultra lebar. Untuk kamera hadapan pula 32-Megapixel.

Dari segi kapasiti baterinya pula ianya hadir dengan bateri bersaiz 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Ciri-ciri spesifikasi lain yang hadir pada model termasuklah Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari di skrin dan lain lain.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Vivo V21e telah pun dilancarkan di Malaysia namun hanya hadir dengan versi 4G tidak untuk 5G.

Model Vivo V21e 5G terbaharu ini dijual di India pada harga Rs. 24,990 (~RM1,401) berbanding dengan model Vivo V21e 4G yang dijual di Malaysia pada harga RM1,249.

Sumber: Gadgets 360

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Astro Umum Kerjasama Dengan Netflix Melalui Ultrabox

Resepi Burger Malaysia Sambal Bilis. Buat Ramai Terliur!