Telefon Pintar YES Meletup Tular. Individu Ini Kongsi Model Yang Lebih Baik

Baru-baru ini Kerajaan Perak mengumumkan pemberian 20,000 telefon pintar kepada pelajar daripada keluarga B40 di bawah inisiatif “Tuisyen Cikgu Saarani” untuk digunakan sewaktu menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Initiatif yang baik tersebut walaubagaimanapun dikecam sesetengah pihak kerana telefon pintar yang dipilih sebagai pemberian tersebut adalah model YES Altitude 3 di mana ianya dikatakan berkualiti rendah.

Menerusi carian kami, model ini sangat tidak releven untuk digunakan lagi kerana spesifikasinya yang rendah iaitu 1GB RAM, 8 GB ruang storan dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Telefon Pintar YES Meletup Dan Terbakar

Alasannya adalah telefon pintar ini diberikan secara percuma dan bertujuan untuk pembelajaran bukan untuk pelajar bermain ‘game’.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat satu perkongsian di Facebook di mana telefon pintar YES terbabit meletup dan terbakar selepas tidak hampir sebulan digunakan. Berdasarkan perkongsian terbabit, mangsa memperoleh telefon pintar jenama YES tersebut melalui Jaringan Prihatin.

“Terbakar sudah. Nasib ada dekat rumah. Kalau tak, mahu terbakar rumah. Anak buah tengah online PdPR menggunakan hp YES. Tiba-tiba je (sahaja) terbakar. Baru je (sahaja) dapat tak sampai sebulan. Sedih rasanya. Kepada pihak #YES sila bertanggungjawab,” katanya seperti yang dimuat naik di laman Facebook.

Kejadian ini turut mendapat perhatian Syed Saddiq, di dalam ciapannya di Twitter. Beliau turut menyelar tindakan memberi telefon pintar dengan kualiti rendah kepada para pelajar yang menghadapi PdPR.

Individu Ini Kongsi Model Yang Lebih Baik

Melihat kepada situasi terbabit, seorang individu tampil mencadangkan sebuah telefon pintar yang hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dalam pada masa yang sama mengekalkan harga yang hampir sama iaitu Samsung Galaxy M02.

Samsung Galaxy M02 mempunyai spesifikasi 2GB RAM, 32GB ruang storan dan bateri berkapasiti 5,000mAh ternyata lebih baik berbanding telefon pintar YES Altitude 3 sebelum ini.

Selain itu, Samsung Galaxy M02 ini turut hadir dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 5-megapixel pada bahagian hadapan pastinya akan membantu pelajar sewaktu menjalani PdPR sekiranya menggunakan applikasi Google Meet.

Apa yang menjadi persoalan mengapa jenama antarabangsa seperti Samsung ini tidak dipilih untuk menjalinkan kerjasama membekalkan telefon pintar untuk program Jaringan Prihatin.

Ini kerana kami percaya jika tawaran kerjasama diberikan kepada jenama Samsung pasti ianya disambut baik kerana syarikat Samsung juga bakal menerima kesan positif kepada jualan dan pemasaran mereka.

Berdasarkan carian kami di Lazada, model Samsung Galaxy M02 boleh di dapati serendah RM349 sahaja. Yang pasti model mampu berfungsi lebih baik dan menjamin keselamatan kerana ianya diperbuat oleh syarikat ternama seperti Samsung.

Sekiranya ibu bapa ingin mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy M02 ini tanpa berbelanja besar untuk PdPR anak-anak boleh klik link ini.

Sumber: Facebook, Twitter, Sinar Harian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: