Cara Scan QR Code Pada Poster / Saved Image Melalui Facebook

Sekarang ni, mana-mana pun orang dah guna QR Code. Dekat kad kahwin, di poster-poster hebahan, dekat buku teks anak-anak pun ada juga QR code. Tahu tak cara scan QR code ni tanpa download apps?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa kita boleh scan QR code ni menggunakan Facebook saja. Tak perlu download apps QR Code Reader yang lain dah.

Bila kita imbas handphone dekat QR code tu, kita akan pergi ke link tertentu untuk pendaftaran atau maklumat yang berkaitan.

Kita boleh guna scanner di FB ni untuk scan secara terus pada kertas (direct) atau buka melalui image (contoh fail JPG) yang dah disimpan dalam storan telefon pintar.

(Tapi ni bukan QR code reader untuk MySejahtera ya. Yang tu tetap kena guna apps MySejahtera.)

Baca juga : Fungsi Baru MySejahtera – Daftar Vaksin Untuk Tanggungan Mulai 19 Mac

Di sini kami kongsikan cara scan QR code dengan mudah melalui Facebook.

Cara Scan QR Code Guna Facebook

Contohnya kita nampak satu image macam di bawah ni di FB.

Cara scan qr code

Kadang tu cari tak jumpa link dia sekali kan?

Jadi kita boleh buka image ni melalui FB.

Langkahnya macam ni.

  1. Save dulu image tu atau boleh juga screenshot.

2. Kemudian tekan ikon SEARCH pada menu utama Facebook kita.

Cara scan qr code

3. Lepas tu nanti akan keluar simbol QR Code macam yang dibulatkan dekat bawah ni. Klik situ.

4. Kemudian akan keluar paparan begini. Kalau kita nak scan pada poster sebenar secara direct (atas kertas), halakan saja pada QR code tu.

Tapi kalau kita nak buka image yang dah kita save dalam handphone tadi, tekan butang ‘Import from Gallery’.

Cara scan qr code

5. Lepas tu pilih image yang kita nak scan tadi.

Cara scan qr code

6. Nanti kita akan terus dibawa ke URL pada QR code tu.

Selesai!

So, lepas ni bolehlah kita manfaatkan fungsi QR code reader yang ada pada Facebook ni.

Tak perlu dah nak download apps lain.

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: