Warna-Warna Untuk Samsung Galaxy S21 FE 5G Didedahkan. Ketahui Lebih Lanjut Disini

blank

Samsung Galaxy S21 FE 5G merupakan keluaran terbaharu dari syarikat Samsung dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa akan dibatalkan pengeluarannya tetapi itu tidak benar sama sekali.

Samsung Galaxy S21 FE 5G akan didatangkan dengan cip snapdragon 888 5G, 8gb ram dan storan 128GB berserta paparan 120Hz. Telefon ini mempunyai sedikit perbezaan di dalamnya dari siri S21 namun mempunyai rekaan yang sama.

Baru – Baru ini, sebuah portal iaitu Android Headlines mendakwa poster promosi peranti ini telah didedahkan. Mari kita lihat warna yang ditawarkan di dalam poster promosi ini.

blank

Berdasarkan poster di atas, terdapat 4 pilihan warna pada Samsung Galaxy S21 FE 5G ini iaitu ungu ,putih, hijau dan kelabu tetapi kurang 2 pilihan warna jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S20 FE yang dilancarkan tahun lalu.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan bekalan cip pemprosesan Snapdragon 888, peranti ini berkemungkinan tidak akan masuk untuk pasaran tempatan. Berkenaan dengan harga, sama -sama kita nantikan semasa pelancaran rasmi.

Sumber: Android Headlines