Nokia XR20, Sebuah Peranti Pintar Kalis Air Dan Debu

Nokia melalui ibu syarikat HMD Global melancarkan secara rasmi sebuah peranti pintar siri X yang berkualiti “military grade” dengan kalis air dan debu.

Berkenaan dengan kualiti “military grade” yang dinyatakan, peranti pintar pintar ini mempunyai kerangka tebal dibahagian belakang yang melepasi piawaian MIL-STD 810H untuk menyerap hentakan dari ketinggian 1.8 meter.

Peranti pintar ini juga menggunakan Gorilla Glass Victus sebagai perlindungan skrin hadapan serta menerima penarafan IP68 kalis air dan debu.

Nokia juga menyatakan bahawa peranti pintar ini akan akan menerima kemas kini bahagian sistem operasi selama 3 tahun dan sekuriti selama 4 tahun.

Rekaan skrin Nokia XR20 yang menggunakan skrin berukuran 6.7 inci IPS LCD dengan kecerahan sehingga 500 nits dan beresolusi 1080×2400 pixel.

Nokia XR20 ini akan dikuasakan oleh cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 480, storan 64Gb/128Gb berserta 4Gb /6Gb RAM dan terdapat sokongan slot kad microSD yang menyokong storan sehingga 512Gb.

Terdapat dwi kamera dibahagian belakang dengan kamera utama menggunakan 48MP sudut lebar dan 13MP ultra lebar berserta dwi-flash. Kamera hadapan pula menggunakan 8MP yang terletak di bahagian atas tengah.

Pengecasan pantas 18W juga turut disertakan dan dipadankan dengan bateri sebesar 4630mAh. Pengimbas cap jari diletakan dibahagian sisi, pembesar suara stereo yang menggunakan teknologi Spatial OZO dan rangkaian 5G yang turut disertakan.

Terdapat dua pilihan warna iaitu Ultra Blue dan Granite Grey dengan tanda harga di United Kingdom £399 untuk versi 4Gb RAM dengan storan 64GB dan £449 untuk 6Gb RAM berserta storan 128GB.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: