in

5 Pekerjaan Kalis COVID-19 , Malah Permintaan Semakin Meningkat

Senarai Pekerjaan Kalis COVID-19

Pandemik COVID-19 bukan sahaja berkait tentang kesihatan, lebih daripada itu ianya turut menjejaskan ekonomi dunia.

Akibatnya, banyak syarikat dan pendiri perniagaan terpaksa mengurangkan jumlah kakitanganya.

Tidak kurang juga majikan yang memberhentikan pekerjanya untuk mengurangkan kos overhead yang terpaksa ditanggung.

Menurut portal pekerjaan JobStreet.com, satu daripada lima rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan manakala 35 peratus lagi mengalami pengurangan gaji disebabkan penularan wabak itu.

Namun begitu, melalui kajian yang dilakukan oleh portal pekerjaan tersebut, trend peningkatan untuk 5 bidang pekerjaan ini, semakin bertambah.

5 Bidang Pekerjaan Yang Mendapat Permintaan Pasca COVID-19

Menerusi data yang dikongsikan oleh portal JobStreet.com, 5 bidang pekerjaan yang mendapat permintaan pasca covid-19 ini berkait dengan bidang kemahiran digital.

1) Pembuatan

Bagi pekerjaan dalam bidang pembuatan, sebanyak 3,314 tawaran pekerjaan yang di buka. Menjadikan bidang pekerjaan dalam sektor ini berada pada ranking senarai pekerjaan tertinggi mendapat permintaan.

Industri-industri yang terlibat dalam sektor pembuatan terbahagi kepada
dua iaitu:-

  • i. Industri berasaskan sumber. Contoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk perabot dan kertas, industri kimia, industri petrokimia dan pemprosesan getah.
  • ii. Industri bukan berasaskan sumber. Contoh industri bukan berasaskan sumber adalah seperti elektronik, tekstil, pakaian, keluaran bukan logam dan perusahaan membuat jentera/mesin.

Dijangkakan juga pekerjaan dalam sektor pembuatan ini akan terus meningkat pada tahun ini, seperti yang pernah dilaporankan mengenai Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam BeritaHarian .

2) Teknologi Maklumat (IT)

Sepanjang Mei, terdapat sebanyak 3,269 tawaran kerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) .

Pekerjaan dalam sektor teknologi maklumat pula mempunyai pecahan-pecahanya tersendiri yang dapat disenaraikan seperti pengaturcara, IT Eksekutif, Jurutera Rangkaian, Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi dan juga Pegawai Teknologi Maklumat.

3) Kewangan

Bidang pekerjaan dalam sektor kewangan pula mencatatkan sebanyak 1,991 permintaan.

4) E-dagang

Disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang telah melanda, menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesan dari perkara ini, orang ramai tidak lagi dapat bergerak secara bebas dan operasi perniagaan, termasuk kedai runcit juga terbatas.

Namun perniagaan secara e-dagang tetap boleh beroperasi. Tidak hairanlah jika permintaan untuk sektor e-dagang meningkat dalam situasi ini.

Untuk sektor e-dadang, mencatatkan sebanyak 1,820 peluang pekerjaan dibuka sepanjang Mei sahaja.

5) Perkhidmatan Kesihatan

Peningkatan penularan virus Covid-19 juga telah memaksa untuk khidmat kesihatan lebih memperkasakan produktiviti.

Keperluan pemeriksaan kesihatan ,ubat-ubatan dan barangan kit kesihatan juga menyumbang kepada peningkatan untuk pekerjaan dalam sektor ini.

Sektor ini sahaja telah mencatatkan sebanyak 1,307 permintaan dalam pelbagai egensi untuk mengisi kekosongan jawatan.

Gan Bock Herm, Pengurus JobStreet Malaysia berkata jumlah majikan yang mencari tenaga kerja berkemahiran dalam perisian juga meningkat sehingga 250 peratus dengan 40 peratus majikan juga dilaporkan mencari bakat berkemahiran dalam bidang IT dan pembuatan.

Dalam satu laporan yang lain, dilaporkan pada Mac 2020 sahaja, jumlah penganggur di Malaysia meningkat.

Daripada 17.1 peratus kepada 610,500 orang dengan kadar pengangguran 3.9 peratus, menurut statistik utama tenaga buruh, keluaran Jabatan Perangkaan.

Kadar pengangguran di negara ini juga di anggarkan akan terus meningkat dalam lingkungan sehingga 5.5 peratus tahun ini berikutan impak penularan pandemik Covid-19.

What do you think?

Written by junaidy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Temujanji Ibu Hamil Dan Imunisasi Bayi

Pentingnya Patuhi Jadual Imunisasi Bayi Dan Temujanji Ibu Hamil

Panduan Melabur Di Bursa Malaysia

Ruginya Tak Tahu! Ini Perkongsian Panduan Pelaburan Di Bursa Malaysia