“Kami Tak Dapat Keluar,” Ini Nota Terakhir Komander Kapal Selam Kursk

Dalam keadaan gelap gulita, beberapa saat setelah letupan yang menyebabkan kapal selam Kursk ke dasar laut, Liuetenan Kapten Dmitri Kolesnikov menyedari beliau dan kesemua kru yang terperangkap tidak akan bertahan.

Ketika merasakan tiada apa yang mampu dilakukan lagi, beliau menulis sebuah catatan tentang apa yang terjadi di kapal selam itu, untuk kepentingan pegawai tentera laut dengan harapan ia akan dijumpai.

Lebih meruntun hati, kemudian beliau turut membalikkan sehelai kertas itu dan di sisi lain mengarang surat selamat tinggal kepada isterinya, Olga.

Surat ini hampir tidak dapat dibaca kerana basah dengan air laut, ketika ditemukan di salah satu poket seragamnya, tidak lama setelah mayatnya diseret keluar dari nahas kapal selam nuklear Rusia yang tenggelam, Kursk.

kapal selam kursk

Tragedi Kapal Selam Kursk, Antara Yang Paling Dahsyat

Pada 12 Ogos 2000, kapal selam milik Rusia ini meledak secara tiba-tiba dan menewaskan 118 kru di Perairan Barent.

Kapal selam bertenaga nuklear ini merupakan antara nahas kapal selam paling bersejarah di dunia yang direkodkan setakat ini.

Selain masalah teknikal dan misteri yang masih menyelubungi nahas kapal selam itu, kontroversi juga timbul apabila Presiden Rusia menolak bantuan dari pasukan ketenteraan negara luar pada saat-saat awal ia dianggap masih mempunyai harapan tinggi untuk diselamatkan.

Baca juga: Mirip Nahas Kursk, Ini Kronologi Tenggelamnya Kapal Selam Nanggala-402

‘Nota Terakhir’ Merungkai Misteri

Sehingga sebelum ‘nota terakhir’ ditemui pada 27 Oktober 2000, pihak Rusia telah menyimpulkan teori bahawa semua anak kapal telah maut dalam beberapa minit selepas kemalangan itu.

Tetapi, surat Kolesnikov mengungkapkan bahawa sekurang-kurangnya 23 orang masih hidup, beberapa di antaranya membuat usaha ‘terdesak’ dan ‘sia-sia’ untuk menyelamatkan diri.

Pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai sama ada nyawa mereka dapat diselamatkan sekiranya Rusia pada mulanya tidak menolak tawaran bantuan asing dalam operasi menyelamat.

Dipercayai 5 orang pegawai di bahagian belakang kapal selam, melanggar protokol ketat dan meninggalkan posisi mereka setelah bencana melanda apabila menyedari bahawa rakan-rakan mereka di bahagian depan kapal selam telah binasa dalam letupan yang meletupkan tiga bahagian pertama kapal pada pagi 12 Ogos.

Berharap untuk menyelamatkan diri, mereka mengambil langkah yang ‘melanggar protokol’ iaitu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain, lalu berkumpul di bahagian ke-9, di mana satu-satunya pintu keluar belakang.

”13:15”

”All personnel from compartments six, seven and eight moved to the ninth. There are 23 of us here. We have made this decision as a result of the accident. None of us can get out.”

Dalam petikan dari catatan yang diceritakan oleh jurucakap angkatan laut, Lieut Capt Kolesnikov (27) turut mengungkapkan bahawa dua atau tiga lelaki merancang untuk melakukan percubaan melarikan diri melalui kapal induk ini.

Namun apabila ini gagal, mereka menyedari bahawa tiada apa lagi yang dapat dilakukan selain bertarung dengan kematian.

Kemudian, tulisan tangan Kolesnikov menjadi semakin sukar dibaca, selain dari angka 13 dan 5, diikuti dengan kata-kata “I am writing blind”, merujuk kepada kegelapan yang berlaku akibat kegagalan kuasa di dalam kapal selam.

Sumber: Wikimedia

Baca juga: Tumpahan Minyak, Serpihan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Ditemui

Walaupun surat ini merungkai sedikit misteri tenggelamnya kapal selam Kursk yang gah milik Rusia tersebut, namun masih tidak jelas mengapa mangsa tidak dapat memakai alat selam dan keluar melalui pintu keluar.

Beberapa pakar menyatakan bahawa pintu / jalan keluar itu mungkin telah rosak semasa letupan. Igor Spassky, Ketua Biro Rekabentuk yang membangunkan kapal selam Kursk, mengatakan bahawa mereka seharusnya dapat keluar dengan cara ini, tetapi mungkin mengalami kecederaan.

Punca 23 anak kapal selam Kursk yang selamat pada awalnya namun akhirnya maut juga tidak dapat diputuskan secara rasmi.

Apa yang diketahui, pakar membuat teori bahawa air mungkin telah mengalir semasa percubaan melarikan diri, lalu memerangkap mereka yang berkumpul di bahagian itu; atau mereka mungkin maut akibat hipotermia atau tekanan yang terlalu tinggi.

Selain itu, kebanyakan maklumat juga dirahsiakan oleh pihak Rusia kerana dianggap rahsia sulit dan sensitif bagi menjaga privasi maritim negara tersebut.

*Diterjemahkan dari The Irish Times (2000)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: