Harga Terkini Minyak Masak Dalam Botol (Ogos 2022) – KPDNHEP

TERKINI: HARGA RUNCIT MAKSIMUM MINYAK MASAK SAWIT TULEN DALAM KEMASAN BOTOL 5KG BERKUAT KUASA 8 OGOS 2022

  • Harga minyak masak sawit botol 5kg ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.
  • Ia berdasarkan harga 1 tan metrik CPO yang diumumkan oleh MPOB pada setiap awal bulan.
  • Jadual harga maksimum bagi minyak masak botol 1kg hingga 3kg akan dikeluarkan oleh KPDNHEP.

Minyak masak sawit dalam botol 5 kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan Ogos.

“Berdasarkan penentuan harga ini mulai hari ini, penguatkuasaan harga di kedai-kedai hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian, bermakna 8 Ogos minyak masak dalam botol 5kg yang sekarang dijual dari RM39 hingga RM42 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Annuar berkata, harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Sementara itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, dengan pengumuman itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil langkah berikutnya untuk mewartakan harga berkenaan.

Katanya, kaedah sama akan dikekalkan pada bulan-bulan akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.

“Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ada,” katanya.

Sila rujuk jadual harga maksimum bagi minyak masak botol 1kg hingga 5kg yang telah dikeluarkan oleh KPDNHEP di bawah:

  • 1 kg : RM7.70
  • 2 kg : RM14.70
  • 3 kg : RM21.70
  • 5 kg : RM34.70

Minggu lalu kerajaan memutuskan untuk mewartakan harga maksimum minyak masak dalam botol, bagi memastikan produk itu mempunyai harga maksimum dari semasa ke semasa dan bagi membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.

Harga Minyak Masak Kawalan (Bersubsidi)

Sementara itu, orang ramai diingatkan bahawa harga kawalan minyak masak polibeg 1kg adalah kekal pada RM2.50.

Peniaga dilarang menjual melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan.

  • Kerajaan menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg iaitu RM2.50.

“Sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama dengan minyak sawit dalam botol.”

“Sejak dulu lagi Kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk minyak masak bersubsidi. Untuk 2021 sahaja, sekitar 60,000 tan metrik setiap bulan diperuntukkkan bagi kegunaan rakyat Malaysia.”

“Itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan. Pengguna minyak masak di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan.”

harga kawalan minyak masak

Penggunaan Aplikasi Price Catcher

KPDNHEP juga menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan Aplikasi Price Catcher untuk mengetahui dan membanding harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi di premis perniagaan berdekatan dengan rumah anda.

Baca juga: Majikan Larang Pekerja BDR Akan Dikompaun, Ini Cara Buat Aduan

Katanya, aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
  • fungsi untuk mengesan lokasi;
  • perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
  • fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
  • berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
  • hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Inisiatif membangunkan Price Catcher ini diharap dapat membantu mendayaupaya pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: