Cara Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go. Mudah & Lebih Murah!

Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan pelaksanaan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Januari 2021.

Dengan pelaksanaan ini, penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag bakal dimansuhkan.

rfid

Jadi, sudahkan anda mendapatkan tag pelekat / sticker RFID?

Jika belum, anda boleh mendapatkannya secara online saja melalui aplikasi eWallet Touch n Go.

Cara Beli RFID & Harga Terkini

RFID boleh dibeli melalui laman web Touch n Go atau Aplikasi Touch n Go eWallet.

Harga jualan RFID ini ialah RM35.

Kalau beli di eWallet, sekarang ni ada diskaun, dapat harga lebih murah iaitu RM25.

Jadi lebih untunglah beli di TNG eWallet kan?

Caranya mudah saja.

Jom kami kongsikan langkah-langkahnya di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go eWallet di Google Playstore atau Apple iStore
  2. Daftar Sebagai Pengguna
  3. Log masuk
  4. Tekan ikon Toll (rujuk gambar di bawah)
  5. Pilih RFID
  6. Tekan Order RFID Tag
  7. Tekan butang Buy Now
  8. Buat pembayaran
  9. Selesai. Tunggu kad anda dihantar ke rumah!

Kredit gambar / info oleh Pidos et Alvagoo Cduagoo

Pengalaman & Kelebihan Menggunakan RFID

Mungkin ramai yang mengeluh dengan pemansuhan kad Touch n Go dan Smart Tag.

Maklumlah, tentu banyak pendapat dan reaksi orang ramai apabila nak beralih ke sesuatu yang baru.

Namun tahukah anda, sistem ini sebenarmya memudahkan pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Di sini kami kongsikan pengalaman menggunakan RFId oleh Haziq Abd Razak yang dah setahun menggunakan RFID.

Sekadar kongsi pengalaman setahun menggunakan RFID.

  1. Kos RFID lebih rendah berbanding smart tag, bateri pun tak perlu beli.
  2. Bayaran tol akan ditolak dari akaun tng e-wallet (RM 44.71 dlm gmbr)
  3. Tak perlu ke kaunter untuk tambah nilai. Guna online banking je.
  4. Isteri pakai kereta pun tak risau, suami boleh topup dari jauh.
  5. Tak perlu buka tingkap bila sampai di tol. Jimat masa.
  6. Jika ada lebihan duit dlm e-wallet, boleh guna untuk beli barang di kedai runcit.

Komen sikit, apa yang sukarkan korang untuk pakai RFID, mungkin ada yang kita tak nampak.

Baca juga:

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: