iPhone 13 Dan iPhone 13 Mini Dilancarkan Pada Harga Bermula RM3399

Hari ditunggu-tunggu oleh peminat barangan Apple telah tiba iaitu pelancaran model iPhone terbaharu, iPhone 13.

Apple hari ini mengumumkan model terbaru telefon pintar mereka iaitu iPhone 13 dan iPhone 13 mini.

Dari segi reka bentuknya, dilihat dari mata kasar tiada perubahan besar dilakukan namun sedikit perubahan dilakukan seperti kaca hadapan dilengkapi pelindung seramik yang menurut Apple adalah lebih tahan hentakan.

Saiz skrin untuk iPhone 13 adalah bersaiz 6.1″ yang diperbuat daripada panel OLED dengan resolusi Super Retina XDR dan iPhone 13 Mini pula hadir dengan skrin sebesar 5.4″.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A15 Bionic 5nm, ianya direka untuk memberikan kuasa pemprosesan 50% lebih pantas dan 30% lebih kuasa grafik lebih pantas daripada pesaingnya.

Teknologi dwi kameranya seperti 12MP kamera sudut lebar dan ultra sudut lebar turut dipertingkatkan dengan sistem kamera TrueDepth dan Sensor-Shift pada iPhone 13 dan iPhone 13 mini ini.

Apple juga kini perkenalkan ciri terbaru bagi rakaman video yang dikenali sebagai Cinematic mode.

Cinematic mode bakal memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah fokus mereka secara automatik ketika rakaman video dibuat. Manakala sistem audionya pula menyokong rakaman audio Dolby Vision HDR.

Apa yang menariknya ialah kapasiti bateri untuk iPhone 13 telah dipertingkatkan kepada yang lebih besar. Apple menyatakan keupayaan bateri iPhone 13 mampu bertahan sehingga 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12.

Malah kedua-dua iPhone in ini masih menyokong pengecasan MagSafe.

Kali ini Apple tidak lagi mengekalkan storan 64GB dan hanya memperkenalkan storan bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB.

Warna yang ditawarkan pula ialah merah jambu, biru, MidnightStarlight dan Product (RED).

Bagi anda yang berminat boleh dapatkan iPhone 13 mini bermula pada berharga RM3,399.00 dan iPhone 13 pula berharga dari RM3,899.00 untuk storan paling kecil iaitu 128GB.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: