Ini Saiz Jam Tangan Pintar Apple Generasi Baharu. Lebih Besar!!!
Pada bulan hadapan, Apple akan memperkenalkan siri Iphone terbaharu keluaran mereka. Disamping itu juga, Apple juga akan melancarkan jam tangan pintar terbaharu.
Jam tangan pintar yang dimaksudkan itu ialah Apple Watch Series 7. Jam tangan pintar baharu ini dikatakan mempunya saiz kerangka berbanding Apple Watch Series 6.
Saiz ukuran kerangka yang ditawarkan adalah 41mm dan 45mm lebih besar berbanding Apple Watch Series 6 iaitu 40mm dan juga 44mm.
Pihak Apple juga telah membuat penambahbaikan pada generasi baharu ini dengan memperkenalkan rekaan muka jam baharu.
Rekaan muka jam baharu ini akan memaparkan lebih banyak ukuran yang terdapat dalam fungsi infograph.
Skrin Jam tangan pintar ini dihadirkan dengan bezel nipis berserta sisi yang tidak melengkung dan juga dikatakan didatangkan dengan berbagai pilihan warna.
Mengikut beberapa sumber, jam tangan pintar mungkin mempunyai bateri yang lebih besar berserta sarung tahan lasak.
Tambahan lagi, Apple mungkin akan memperkenalkan cip pemprosesan baharu pada pelancaran rasmi nanti.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi pada bulan hadapan untuk mengetahui spesifikasi penuh jam tangan pintar ini dan juga tanda harga.