Beralih Dari Android Ke iPhone Dengan Mudah. Hanya Guna Cara Ini!

Beralih dari Android ke iPhone jarang-jarang berlaku. Sejak perkembangan telefon pintar di dunia ini, kami percaya rata-rata orang akan mengenali dua pesaing yang hebat iaitu telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan juga iOS.

Ini kerana sistem operasi iOS khususnya untuk peranti iPhone manakala Android pulak banyak dipakai oleh syarikat pengeluar telefon bimbit lain seperti Samsung, Vivo dan lain-lain lagi.

Pada sesetengah orang, mereka menganggap menggunakkan produk Apple adalah sangat eksklusif dan elegen, kerana produk Apple kebanyakannya adalah mahal dan banyak fungsi pada peranti Apple hanya terhad kepada peranti Apple sahaja.

Disebabkan had yang ada pada peranti Apple ini, sesetengah orang pula tidak sukakan produk Apple. Mereka menganggap fungsi yang ada pada peranti Apple tidak fleksibel dan tidak mesra penggua pada mereka untuk melakukan tugas-tugas seperti menghantar fail dan sebagainya.

Namun, perkara ini tidak lagi terjadi kerana Apple sudah mengorak untuk meluaskan segmen pelanggan mereka demi bersaing dengan syarikat pengeluar telefon bimbit lain. Ini kerana pesaing Apple juga berusaha menarik pengguna peranti Apple ke produk mereka dengan fungsi-fungsi yang lebih canggih dan mesra pengguna.

Jika sebelum ini untuk beralih daripada android ke iPhone adalah sukar kerana banyak fail seperti foto, nombor telefon dan sebagainya dalam format yang berbeza sehinggakan memerlukan aplikasi pihak ketiga untuk melakukannya. Terbaru, Apple mempertingkatkan kemampuan aplikasi Move to iOS yang sedia ada agar pemindahan antara dua peranti jauh lebih lancar.

Aplikasi Move to iOS yang diperbaharui ini bakal tersedia untuk peranti yang menggunakan iOS 15 terbaharu. Ianya bakal memudahkan pemindahan data lama ke iPhone baru. Bagi mereka yang berpindah ke iPhone untuk pertama kalinya, pengalaman berpindah ke iOS yang lebih baik memindahkan album foto, fail, folder, dan tetapan dengan lebih mudah!

Sumber: Apple

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: