Spesifikasi Xiaomi Redmi 10 Tertiris?Ketahui Lebih Lanjut Disini

Baru-baru ini, laman XDA Develepors telah menerbitkan artikel berkaitan spesifikasi peranti pintar terbaharu dari Xiaomi iaitu Redmi 10. Dikhabarkan sebelum ini, pihak Xiaomi secara tidak sengaja meniriskan spesifikasi Redmi 10 ini kepada umum di blog rasmi mereka.

Xiaomi Redmi 10 akan dilengkapi dengan skrin berukuran 6.5 inci LCD FHD+ beresolusi 2400 x 1080p dan mempunyai kadar segar yang tinggi iaitu sehingga 90Hz serta menggunakan Corning Gorilla Glass 3 untuk perlindungan skrin peranti pintar ini.

Peranti pintar ini akan dijana oleh cip pemprosesan daripada MediaTek iaitu Mediatek Helio G88 berserta RAM sehingga 6GB dan juga storan sehingga 128GB. Oleh itu, terdapat tiga pilihan variasi untuk peranti pintar ini iaitu 4/64GB, 4/128GB dan 6/128GB.

Kamera hadapan 8MP akan diletakan dibahagian atas tengah di skrin hadapan. Dibahagian belakang pula terdapat 4 kamera iatu 50MP bagi kamera utama, 8MP bagi kamera ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP untuk sensor kedalaman.

Redmi 10 ini juga didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan dipadankan dengan bateri sebesar 5000mAh. Perisian pula akan didatangkan dengan Android 11 dengan antara-muka MIUI 12.5

Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti pintar ini ialah pengimbas cap jari sisi, pengimbas AI Face, Bluetooth dan juga capaian 4G LTE. Peranti pintar ini juga akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Carbon Gray (kelabu), Pebble White (putih) dan Sea Blue (biru).

Buat masa ini, pihak Xiaomi belum berkongsi secara umum mengenai tanda harga dan bila akan dilancarkan secara rasmi namun berkemungkinan peranti pintar ini akan membuat kemunculan tidak lama lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: