Cara Pindahkan Data / Sijil Vaksin MySejahtera Di No Telefon Baru

SIJIL VAKSIN HILANG LEPAS TUKAR NOMBOR? INI CARA PINDAHKAN DATA MYSEJAHTERA KE TELEFON BARU

[Cara untuk pindah data MySejahtera di nombor telefon lama ke nombor baru]

Berikut adalah cara untuk memindahkan data MySejahtera ke nombor telefon baru.

Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda untuk menggunakan ciri terbaru ini.

Sila rujuk infografik di bawah:

pindahkan data mysejahtera

HENDAK PASTIKAN DATA MYSJ DI TELEFON LAMA ADA DI TELEFON BARU?

Ikuti langkah di bawah untuk pastikan anda boleh memindahkan data daripada nombor tleefon lama ke nombor telefon baru dengan mudah:

  1. Di telefon baru, sila kemaskini MySejahetra anda ke versi terbaru.
  2. Sila pastikan akaun anda di telefon baru telah disahkan (verified).
  3. Kini data MySejahetra anda akan dipaparkan di nombor telefon baru!

Jika anda tidak dapat sahkan akaun anda seperti langkah di atas, sila ikuti langkah kedua yang dikongsikan di bawah.

  1. Klik ‘Bantuan’ pada notifikasi yang dipapar di telefon anda.
  2. Klik ‘Pilihan 1’ berkenaan akaun MySJ anda di telefon lama.
  3. Jawa semua soalan dan klik ‘Hantar’.
  4. Sila sahkan akaun anda di telefon baru*. Setelah sah, data MySejahtera di telefon lama akan ada di telefon baru.

*Sila rujuk cara sahkan akaun MySejahtera anda.

Berikut adalah tutorial cara untuk sahkan akaun MySejahtera anda.

pindahkan data mysejahtera

Sila kemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini di galeri aplikasi telefon anda untuk terus menggunakan ciri terbaru ini.

Masih tiada sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera anda walaupun anda telah divaksin sepenuhnya?

Sila pastikan anda telah melakukan 3 perkara di bawah terlebih dahulu:

  1. Sahkan nombor kad pengenalan dan nama penuh anda yang didaftarkan.
  2. Pastikan anda tidak berdaftar sebagai tanggungan pada akaun MySejahtera orang lain.
  3. Kembali ke halaman profil MySejahtera dan semak sekiranya sijil vaksinasi sudah dipaparkan.
  4. Jika masih tiada perubahan, sila ke Pilihan M melalui Helpdesk di halaman utama MySejahtera.

ATAU rujuk langkah alternatif di bawah:

Cara Update IC Di MySejahtera

Sekiranya sijil vaksinasi anda hilang setelah anda menukar nombor IC/ passport di MySJ, apakah yang perlu dilakukan?

Anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

A) MySejahtera HelpDesk

  1. Klik pada Helpdesk di halaman utama MySejahtera
  2. Pilih ‘Pilihan O – Hal-hal Lain’, kemudian pilih ‘Pilihan E – Isu-isu Lain’.
  3. Kemukakan isu anda pada ruangan kosong.
    • Contoh:
    • Isu: Sijil vaksinasi hilang setelah kemaskini No IC
    • MySJ ID: (Nombor Telefon atau email)
    • No IC / Passport lama:
    • No IC / Passport baru
sijil vaksin hilang

Baca juga:

Sila rujuk video di bawah jika anda masih mempunyai masalah kehilangan sijil vaksinasi yang telah lengkap atau rekod vaksinasi yang tidak dikemaskini.

https://twitter.com/my_sejahtera/status/1452873676752257024?lang=en

Ada lagi masalah di MySejahtera? Anda boleh rujuk artikel berikut untuk bantuan:

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berkenaan cara update sijil vaksin MySejahtera, sila rujuk ke Helpdesk MySejahtera.

Sumber: Twitter MySejahtera, Facebook MySejahtera Support

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: