Cara Akses Dan Aktifkan Semula Akaun ASB Yang Disekat & Dibekukan

akaun asb myasnb disekat dibekukan

MASALAH AKAUN ASB ONLINE (MYASNB) DISEKAT

Tidak berjaya log masuk ke portal atau aplikasi myASNB?

Ikuti langkah di bawah untuk aktifkan semula myASNB anda.

akaun asb disekat

Punca Akaun ASB Online Disekat / Dibekukan (myASNB)

Tahukah anda, akaun portal / aplikasi myASNB anda boleh disekat disebabkan percubaan log masuk tidak berjaya sebanyak 3 kali berturut-turut.

Jadi, bagaimana cara untuk mengaktifkan semula akaun ini?

Anda perlu menjawab soalan keselamatan yang telah disetkan di Portal myASNB atau myASNB dan mencipta kata laluan baru.

akaun asb disekat

Selain itu, anda juga mungkin akan mengalami masalah akaun ASB dibekukan apabila tidak log masuk melebihi 400 hari.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda hanya perlu mengisikan maklumat log masuk dan membuat pengesahan nombor telefon bimbit.

akaun asb disekat

Jika anda masih tidak berjaya untuk log masuk, cuba lakukan 3 cara berikut:

  1. Emel maklumat peribadi anda dan salinan MyKad ke [email protected]
  2. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-7730 8899
  3. Hadir ke Cawangan ASNB
akaun asb disekat

Apakah ASB Online (MyASNB) ?

myASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nota: Buat masa ini tiada caj dikenakan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti caj jualan dan GST adalah terpakai, jika ada.

myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antaranya termasuklah:

  • Pegangan Portfolio – memaparkan baki akaun tabung unit amanah ASNB anda berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini
  • Rekod Transaksi – memaparkan butiran urus niaga berkaitan tabung unit amanah ASNB yang dilaksanakan pemegang unit menerusi Portal myASNB sepanjang 30 hari lalu
  • Pelaburan Tambahan –pelaburan tambahan bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
  • Jualan Balik – Jualan Balik atau pengeluaran bagi tabung unit amanah ASNB secara atas talian
  • Pelaburan Permulaan – membolehkan pemegang unit membuka akaun tabung unit amanah baharu secara atas talian
  • Penukaran – penukaran unit antara dua tabung unit amanah oleh pemegang unit yang sama
  • Muat Turun Penyata – muat turun penyata terkini berkaitan akaun tabung unit amanah anda sama ada Penyata Tahunan, Penyata Terperinci, Penyata Pegangan atau Penyata KWSP (jika ada)
  • Permohonan Penyata – permohonan salinan penyata bagi tahun-tahun sebelumnya.
  • Perancangan Perwarisan – Pra-pendaftaran Perancangan Perwarisan ASNB

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesukaran untuk log masuk ke myASNB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-77308899 atau emel maklumat peribadi ke [email protected] untuk semakan selanjutnya.

Rujuk Soalan Lazim : https://www.myasnb.com.my/