Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2022 & Kenaikan 2%
Semakan Penyata Pencen Online Bagi Pesara Kerajaan Malaysia 2022
Ramai nak tahu maklumat pencen yang bakal diterima, terutamanya pada bulan Januari atau permulaan tahun baru ini.
Menerusi artikel ini kami akan kongsikan maklumat lanjut tentang cara semakan penyata pencen online bagi pesara kerajaan Malaysia serta cara kiraan kadar kenaikan 2%.
Cara Semakan Penyata Pencen Online
Untuk membuat semakan penyata pencen secara online, anda boleh melakukannya dengan mudah dan cepat melalui laman web rasmi JPA Pencen.
Sila ikuti langkah berikut:
- Sila ke pautan rasmi JPA Pencen di bawah: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran.
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
Semua maklumat yang diperlukan ada atas Kad Pesara anda. - Penyata Pencen akan dipaparkan.
Cara Kira Kenaikan Pencen 2%
Bilakah kenaikan pencen akan dibayar? Dan bagaimana pula cara nak kira kenaikan pencen 2% tu?
Seperti yang kita sedia maklum, Pesara akan dapat 2% kenaikan dari kadar pencen yang diterima pada bulan Disember tahun sebelumnya (Tahun 2021).
Semua pesara akan dapat menikmati kenaikan itu bulan Januari 2022.
Jadi, bayaran itu akan masuk pada bulan ini (Januari).
Sila rujuk: Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)
Anda boleh tahu ada kenaikan dengan buat semakan penyata pencen seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Untuk cara pengiraan, boleh rujuk contoh di bawah:
Ini CONTOH cara kira kenaikan pencen 2%
- Kadar pencen bulan Disember 2020 – RM3,000
- Kenaikan adalah 2% atau 2/100 atau 0.02 dari pencen bulan Disember.
- Pencen bulan Januari 2021 – RM3,000 + (0.02 x RM3,000)
- Jadi, RM3,000 + RM60 (2% kenaikan)
MAKA, Bayaran Pencen terbaru bagi bulan Januari 2021 ialah RM3,060.
Kalau nak semak kenaikan ini di penyata, seeloknya buat semakan sehari selepas tarikh bayaran untuk memastikan sistem telah dikemaskini.
Mudah kan?
*Untuk makluman, tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan 2021 untuk pesara mahupun penjawat awam adalah pada hari ini, 25 Januari 2021.
Sila rujuk: Bonus Penjawat Awam & Pesara Kerajaan Dibayar 22 Januari 2022 Ini
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Penyata Bayaran Pencen 2021 atau maklumat berkaitan pencen, sila rujuk saluran berikut:
- Portal Pencen JPA
- Aplikasi MyPesara
- Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)
- Telefon: 03-8000 8000 / 03-8887 8777
- E-mel: [email protected]