Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat Awam 2022 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.
Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 yang lalu.
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 untuk semua penjawat awam persekutuan akan dibayar pada 25 haribulan Januari 2022 ( bersama gaji Januari 2022 ).
Untuk makluman, bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Walaubagaimanapun, penjawat awam yang belum lengkap divaksin akan ditangguhkan pembayaran bantuan ini.
Tarikh Bayaran Bonus / Bantuan Khas Penjawat Awam 2022
Bayaran sebanyak RM 700 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah bersekali dengan gaji bulan Januari 2022 nanti, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman.
Beliau berkata, surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.

Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen Januari 2022.

Kategori Penjawat Awam Yang Layak
Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak.
Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak akan diperincikan dalam kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan JPA seperti sebelum ini.
Untuk rekod, bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).
Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sila rujuk surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah berkenaan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 seperti dalam lampiran di bawah:



Baca juga:
- Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SSM Untuk Ibu Tunggal & Belia.Senarai
- Bantuan Ibu Tunggal & Surirumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam / Bahagian Pencen JPA menerusi portal berikt:
ATAU
Sila rujuk
- Jadual bayaran Gaji Penjawat Awam 2022
- Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022
- Muat turun surat edaran JPA.800-3/2/1 (32) dan soalan lazim di pautan https://tinyurl.com/52zxtuu9 atau imbas Kod QR.