BTR 2023 – Bantuan Tunai Rakyat (Tarikh & Kadar Bayaran)

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) – Tarikh Bayaran, Syarat Kelayakan & Kadar Bantuan

Bayaran Fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (Isi Rumah) dan RM100 (Bujang) dipercepatkan kepada Januari 2023, kata YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan Mini / Mini Bajet 2023 pada 20 Disember 2022 yang lalu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang penyaluran bantuan tersebut dan info terkini untuk makluman bersama.

Pemakluman tentang Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 telah dikemaskini di laman web BKM

Bayaran Fasa 1 adalah pada Januari 2023
Tarikh bayaran akan diumumkan Kementerian Kewangan (MOF)

TERKINI: RAMAI BERKONGSI DI MEDIA SOSIAL BAHAWA WANG BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR 2023) TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN

Hari ini, ramai telah berkongsi bahawa akaun mereka telah menerima sejumlah amaun wang yang dikreditkan, dipercayai BTR.

Ini kerana ia berjumlah RM300 bagi golongan berkeluarga, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari.

Apakah Bantuan Tunai Rakyat ( BTR 2023 )?

Bantuan Tunai Rakyat atau BTR 2023 adalah bantuan kewangan yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia yang layak berdasarkan kadar pendapatan dan tanggungan.

Sebelum ini, bantuan kewangan seperti ini digelar sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan sebagainya di bawah beberapa Kerajaan berbeza.

Bagi tahun 2023, bantuan ini telah diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diperuntukkan adalah RM300 bagi penerima isi rumah (berkahwin), manakala RM100 untuk penerima bujang.

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran adalah pada Januari 2023.

Tarikh ini telah diawalkan berbanding tarikh asal yang ditetapkan pada bulan Mac 2023 sebelumnya.

Syarat Kelayakan BTR 2023

Buat masa ini, syarat kelayakan penerima masih belum diperincikan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.

Namun, merujuk kepada Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu, syarat kelayakan dan jumlah bayaran yang layak diterima mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Warga emas tiada pasangan; RM350-RM600
  • Pendapatan RM2,500-RM5,000; bantuan RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
  • Pendapatan <RM2,000; bantuan RM1,000-RM2,000 (bilangan anak 1-4 orang)
  • Pendapatan <RM2,500 (anak ≥ 5); bantuan RM2,500
  • Tambahan RM500 kepada ibu / bapa tunggal

Nota: Dalam pembentangan Bajet 2023, bantuan BKM ditingkatkan sehingga RM2,500 

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

BKM 2023
BKM 2023

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

This image has an empty alt attribute; its file name is bkm-2023-5-1024x581.png

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

BKM
Sumber: Bernama TV

TERKINI : Bajet 2023 yang disemak semula akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023

Baca juga: Takwim Persekolahan 2023 / 2024 KPM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: