BPN 2.0 Fasa Kedua: Bayaran Akan Dibuat Bermula 21 Januari 2021

Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) beserta bayaran untuk permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada 21 Januari 2021.

Menurut Tengku Zafrul menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 13 Januari 2021, pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Baca juga: Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Untuk makluman, dah ada penerima yang mula menerima bayaran ini secara berperingkat, khususnya yang menggunakan Bank Simpanan Nasional.

Walaubagaimanapun, berikut adalah notis rasmi daripada pihak BSN berkaitan pembayaran BPN2.0 Fasa Kedua:

Semakan Kelulusan Bermula 15 Januari 2021

Semakan kelulusan bagi permohonan rayuan dan permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Untuk Penerima Online, Tunai & Tanpa Akaun Bank

“Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula 21 Januari ini manakala kategori M40 pula bermula 25 Januari 2021.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

bayaran bpn 2.0 fasa kedua

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Yang Akan Diterima

Untuk makluman, bayaran BPN 2.0 untuk Fasa Pertama telah dibuat kepada penerima bermula 19 Oktober yang lalu melalui akaun bank masing-masing.

Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank telah membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2021.

Penerima yang didapati gagal kredit (akaun bank tidak aktif atau ditutup), bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama telah dapat diterima mulai minggu kedua November 2020.

tarikh bayaran bpn 2.0

Bagi Fasa Kedua, baki jumlah bayaran yang akan diterima bagi yang telah mendapat bayaran Fasa Pertama adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • B40 Isi Rumah: RM300
  • M40 Isi Rumah: RM200
  • B40 Bujang: RM150
  • M40 Bujang: RM100

Menurut Tengku Zafrul, bagi pemohon baharu BPN 2.0 atau rayuan BPN 2.0 yang dibuat 15 Oktober – 15 November 2020 dan telah diluluskan, jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara sekaligus (one-off).

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah:

  • B40 Isi Rumah: RM1000
  • M40 Isi Rumah: RM600
  • B40 Bujang: RM450
  • M40 Bujang: RM300

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0 – KPM

Cara Semakan Status Kelulusan & Maklumat Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua

Untuk membuat semakan status LULUS atau maklumat tarikh pembayaran, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  3. Tekan ikon Carian.
  4. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  5. Masukkan kod Captcha tersebut di ruang yang disediakan.
  6. Tekan butang Semak
  7. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.
semakan bpn 2.0

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: