in

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0 – KPM

tarikh buka sekolah 2021
Foto: BERNAMA (2020)
Advertisements

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Susulan pengumuman PKP 2.0 melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sesuatu kawasan.

  1. Negeri PKP
    • Pulau Pinang
    • Selangor
    • WP Kuala Lumpur
    • WP Putrajaya
    • WP Labuan
    • Johor
    • Sabah
    • Melaka
    • Kelantan (bermula 16 Januari 2021)
    • Sibu, Sarawak (bermula 16 Januari 2021)
  2. Negeri PKPB
    • Kedah
    • Perak
    • Negeri Sembilan
    • Terengganu
    • Pahang
  3. Negeri PKPP
    • Sarawak
    • Perlis

Di sini kami kongsikan tarikh buka sekolah mengikut kawasan yang diumumkan melalui sidang media KPM terkini.

Tarikh Buka Sekolah Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP

Menurut kenyataan rasmi yang terkini (16 Januari 2021), tarikh buka sekolah kekal pada 20 Januari.

Namun pembelajaran bersemuka di seluruh negara melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan berikut (tahun 2020 dan 2021):

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Peperiksaan antarabangsa yang setara

Baca juga: Tarikh Peperiksaan Terkini & Jadual Waktu SPM, SVM, STAM, UPBA (Kemaskini 16 Nov)

Murid Sekolah Berasrama Penuh & Asrama Sekolah Harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Murid Sekolah Rendah Hingga Tingkatan 4 – Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah seluruh negara akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

Ketetapan ini juga terpakai kepada murid Semester 2 SMV dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional.

PKSK Tingkatan 1 – Pentaksiran di antara 20 hingga 29 Januari 2021.

PKSK Tingkatan 4 – Pentaksiran di antara 15 hingga 25 Februari 2021.

Pelajar Kolej Matrikulasi – Pelajar yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) – Semua program pengajian secara online mulai 17 Januari 2021

Pengoperasian Tadika Swasta

Tadika swasta – Boleh terus beroperasi secara bersemuka

Rujuk Takwim Persekolahan 2021 KPM: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk siaran media KPM bertarikh 16 Januari 2021 di SINI.

Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:

  • 03-8884 5020
  • 03-8884 5336
  • 03-8884 5022
  • 03-8884 5122

*Sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Radzi Jidin untuk info terkini.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bpr 2021

BPR 2021: Cara Permohonan & Kemaskini (Mulai 15 Januari-15 Februari)

15 Lokasi Hiking Di Johor