PPBU Bank Rakyat 2022: Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAM BOKEH UBAH PPBU BANK RAKYAT 2022

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah ( PPBU Bank Rakyat ) 2022 akan dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat ini adalah terbuka untuk semua peringkat pengajian!

Yayasan Bank Rakyat membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2022 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.

Ppbu bank rakyat

Apakah PPBU Bank Rakyat?

PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

Peminjam PBBU Bank Rakyat tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Kursus Yang Ditawarkan

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Cara Permohonan

Untuk memohon PPBU Bank Rakyat 2022, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari pautan www.yayasanbankrakyat.com.my
  2. Pastikan anda telah mendapat tawaran kemasukan daripada universiti tempatan.
  3. Sila daftar permohonan di portal Yayasan Bank Rakyat untuk mengisi borang permohonan.
  4. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Bank Rakyat, e-mel dan SMS. Surat tawaran juga akan die-melkan kepada pemohon yang berjaya disenarai pendek.
  5. Pemohon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian.
  6. Sila simpan satu salinan borang permohonan lengkap untuk tujuan rujukan.
Ppbu bank rakyat

Baca juga: ePrasekolah KPM: Daftar Prasekolah 2023 Online (Mulai 1 Mac 2022)

Maklumat Lanjut

Layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.

www.yayasanbankrakyat.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: