Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM Penuh (Mulai 14 Jun 2021)

semakan keputusan spm 2020

LANGKAH MENDAPATKAN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH (RASMI) SECARA ONLINE

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, keputusan SPM telah diumumkan dan boleh disemak melalui 2 kaedah mulai 10 Jun 2021.

2 kaedah tersebut adalah semakan secara online melalui laman web myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my atau secara SMS dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Bagi mendapatkan slip keputusan SPM yang penuh, calon hanya boleh memuat turun secara online mulai 14 Jun 2021.

Baca juga: Elak Kartun Lucah, Ini Cara Setting Youtube ‘Restricted Mode’ Untuk Anak

Cara Muat Turun Slip Keputusan Rasmi (Penuh) SPM 2021

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM Penuh / Rasmi untuk rujukan ibu bapa dan calon.

Slip inilah yang akan digunakan untuk calon lepasan SPM untuk membuat permohonan biasiswa, menghadiri temuduga dan sebagainya sementara belum mendapatkan Sijil SPM yang akan dihantar oleh pihak sekolah.

Jadi, penting untuk anda ambil maklum dan muat turun slip ini untuk kegunaan tersebut nanti.

Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.

Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

semakan keputusan spm 2020

Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

Sijil SPM juga akan mula diedar secara berperingkat pada 10 Julai.

Baca juga: Senarai 50 Individu Terkaya Di Malaysia – Forbes (Jun 2021)