Elak Kartun Lucah, Ini Cara Setting Youtube ‘Restricted Mode’ Untuk Anak
Musim PKP ni ramai anak-anak yang menggunakan peranti seperti handphone dan tablet untuk menonton kartun.
Kebanyakan kartun kanak-kanak dapat ditonton secara percuma di Youtube. Ia merupakan antara aplikasi yang paling mudah digunakan untuk semua golongan dan menawarkan pelbagai pilihan video menarik dalam banyak bahasa.
Tapi dalam video tersebut, ada juga yang berunsur lucah dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Jadi seeloknya ibu bapa perlulah membuat tetapan ‘Restricted Mode’ bagi membolehkan kandungannya ditapis dan hanya memaparkan kartun yang selamat.
Di sini kami senaraikan cara membuat tetapan Restricted Mode dengan mudah.
Cara Setting Youtube Restricted Mode Untuk Anak
*Perkongsian langkah demi langkah ini ditunjukkan oleh Ct Hajar Zorodi menerusi Facebook.
Ramai yang suruh ajar cara nak setting YouTube supaya anak tak boleh buka YouTube cartoon yang ada unsur lucah.
So di sini saya ajar step by step yang mudah dan bolehlah buat panduan.
- Mula-mula buka aplikasi YouTube dulu.
- Kemudian pergi ke bahagian Account kita (ada satu simbol di bahagian kanan atas)
- Tekan butang Settings
- Lepas tu pilih menu General
- Akhir sekali on kan butang Restricted Mode tu.
Rujuk panduan bergambar kat bawah ni:
LANGKAH PERTAMA
Buka Youtube dan tekan butang atas kanan tu.
LANGKAH KEDUA
Pada bahagian Account, tekan butang Setting macam yang dibulatkan di bawah tu.
LANGKAH KETIGA
Nanti keluar paparan macam ni.
Tekan butang General.
LANGKAH KEEMPAT
Anda akan jumpa butang Restricted Mode macam kat bawah ni.
Ok pastikan butang tu dihidupkan.
Nanti ia akan buat tapisan konten yang selamat untuk kanak-kanak.
NOTA: Walaupun dah setting Youtube untuk anak ni, kita sebagai ibu bapa masih perlu juga pantau dari semasa ke semasa ya. Sebab kat situ pun dia tulis disclaimer ‘no filter is 100% accurate’ kan. Jadi, walaupun sebahagian besar dah ditapis, ramai pembuat video ni ada macam-macam taktik untuk buat video mereka lolos dan tetap menjadi tontonan ramai. So, just be extra careful ok!
Selain buat setting Youtube untuk anak, ibu ayah juga boleh gunakan aplikasi Google Family Link untuk kawal masa penggunaan, kandungan yang dilayari, lock aplikasi tertentu dan auto-off mengikut masa yang ditetapkan.
Langkah ini dapat membantu ibu bapa memantau dan mengawal penggunaan gajet anak-anak dalam tempoh PKP ini.
Semoga bermanfaat!
*Sumber asal: Facebook Ct Hajar Zorodi