POCO Akan Melancarkan Peranti Pintar Terbaharu? Ketahui Lebih Lanjut Disini

POCO adalah anak syarikat di bawah gergasi telefon pintar iaitu Xiaomi. Namun pada tahun lepas, POCO telah berpisah dengan Xiaomi seterusnya mengeluarkan peranti pertama mereka iaitu POCO M3.

POCO X3 GT akan dilancarkan secara rasmi pada 28 julai ini melalui pelancaran dalam talian menerusi akaun rasmi Facebook POCO Malaysia Official Facebook. Sebelum ini, POCO X3 GT telah disenaraikan dan mendapat kelulusan daripada SIRIM Malaysia.

Peranti pintar ini dikhabarkan penjenamaan semula daripada peranti Xioami iaitu Redmi Note 10 Pro 5G. Jika benar, POCO X3 GT akan menggunakan spesifikasi yang sama dengan iaitu Redmi Note 10 Pro 5G.

Kapsyen: Redmi Note Pro 5G

Ianya mungkin akan didatangkan dengan skrin LCD IPS yang berukuran 6.6 inci berkadar segera 120Hz, storan UFS 3.1 128GB/256gb, RAM sehingga 8GB dan akan dikuasakan dengan cip dari MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 1100.

Sistem kamera bagi peranti ini akan berkemungkinan menggunakan tri kamera 64+8+2 MP dan kamera hadapan 16MP, bateri sebesar 5000mAh dan terdapat sokongan pengecasan pantas 67W.

Maklumat mengenai harga dan warna peranti yang akan ditawarkan belum didedahkan buat masa ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi nanti.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: