in ,

ZTE Melancarkan Lagi Peranti Baharu Yang Lebih Canggih? Ketahui Lebih Lanjut Disini

ADVERTISEMENT

Pada tahun lalu, iaitu sekitar bulan September syarikat ZTE telah memperkenalkan peranti pintar mereka iaitu ZTE Axon 20 5G iaitu sebuah peranti pintar kamera dibawah paparan.

Baru-baru ini, syarikat ZTE telah mengumumkan secara rasmi melalui laman rasmi weibo mereka iaitu peranti pintar teknologi kamera bawah paparan generasi kedua yang dikenali sebagai ZTE Axon 30 5G.

ADVERTISEMENT

Jika kita lihat pada poster di atas, hanya paparan sahaja yang kelihatan dan tiada lubang kamera di bahagian hadapan peranti ini seterusnya menjadikan paparan luas dan cantik.

Kadar segar semula skrin bagi ZTE Axon 30 5G ini ditingkatkan daripada 90Hz kepada 120Hz daripada generasi sebelumnya tetapi pixel di kawasan kamera bawah skrin dikekalkan iaitu antara 200ppi hingga 400ppi pixel.

Tambahan lagi, terdapat ura-ura yang mengatakan peranti pintar akan dilengkapi dengan memori sebesar 20GB RAM seterusnya menjadikan ia peranti yang pertama didunia mempunyai 20GB RAM.

Perincian mengenai 20GB RAM masih belum diketahui secara umum. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pada hari pelancarannya yang mungkin dijadualkan pada 22 Julai nanti.

Sumber: sparrownews & weibo

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Durian Crepe Homemade. Mudah Dan Sedap!

pengambilan guru one-off spp

Iklan Pengambilan Khas Guru DG41 Secara ‘One-off’ 7 Julai 2021 – KPM