Cara Daftar & Renew Lesen Online MySikap
Portal mySIKAP (JPJ ONLINE) : CARA DAFTAR, RENEW LESEN & BAYAR ROADTAX ONLINE
Mungkin ramai antara kita masih belum tahu dengan kewujudan Portal JPJ Online @ mySIKAP.
Melalui portal ini, kita boleh renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.
Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:-
- Kenderaan :
- memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
- memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
- pindah milik sukarela,
- membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
- kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
- Lesen Memandu :
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
- kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
- Kesalahan dan Penalti :
- Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
- Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
- Pengurusan Profil :
- Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
- Perkhidmatan Lain :
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
- kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
Untuk pendaftaran kali pertama, orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.
Di sini kami kongsikan langkah selanjutnya dengan mudah untuk renew lesen JPJ online di Portal MySikap.
Cara Daftar MySikap Untuk Pengguna Kali Pertama
Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.
- eID Standard:
- Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
- Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
- eID Advance:
- Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
- Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
Tapi jangan risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.
Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN. Mudah & Cepat Dalam Tempoh PKP
Di bawah ni senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard vs Advance.
NOTA: Jika ingin menjadikan ID tersebut menjadi eID Advance, pelanggan (user) harus hadir ke mana-mana Kaunter JPJ Malaysia.
Langkah-langkah Pendaftaran
- Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
- Isikan butiran yang bertanda * sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Klik Teruskan
- Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
STEP-BY-STEP DAFTAR MYSIKAP
Sila rujuk panduan bergambar di bawah.
(Kredit: Cik Yaya)
Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.
Kita bolehlah gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.
Di bawah ini ditunjukkan caranya.
Cara Login MySikap Kali Pertama
Langkah-langkah Login Kali Pertama
- Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
- Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
- Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
- Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
- Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
- Klik Simpan. Selesai.
Bolehlah kita renew lesen JPJ online, renew roadtax, check saman dan sebagainya melalui portal ni tanpa perlu ke kaunter lagi. Mudah kan?
Cara Renew Lesen JPJ Online Di Portal MySikap
- Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Pilih menu Lesen Memandu
- Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!
Cara Renew RoadTax Online Di Portal MySIKAP
- Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Pilih menu Kenderaan
- Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!
Sila rujuk panduan video di bawah:
Waktu Operasi Kaunter JPJ Dalam Tempoh PKP
Seperti yang kita tahu, waktu operasi JPJ dalam tempoh PKP sangat terhad, kaedah pembayaran pula hanya menggunakan kad debit/kad bank atau kad kredit sahaja. Pembayaran secara TUNAI TIDAK DITERIMA.
Waktu urusniaga :
Isnin – Jumaat.
9.00 pagi – 1.00 tgh hari
1.00 tgh hari – 2.00 ptg (TUTUP)
2.00 ptg – 4.00 ptg
Sabtu & Ahad: TUTUP
Urusniaga TERHAD (hanya melibatkan pembaharuan lesen memandu serta Roadtax kenderaan bagi urusniaga PERDAGANGAN SAHAJA termasuk TEKSI, KERETA SEWA & E-HAILING)
Urusan melibatkan PERSENDIRIAN boleh dilakukan secara atas talian MYSIKAP (public.jpj.gov.my). Urusniaga PERSENDIRIAN juga boleh dilakukan di platform rakan niaga JPJ seperti Myeg.
Jadi, bolehlah kita manfaatkan portal ini untuk membuat sebarang urusan di JPJ secara atas talian saja.
Baca juga: Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity’ Setting Supaya FB Tak Intai Data Kita
Di bawah ini disenaraikan senarai perkhidmatan JPJ online yang boleh dilakukan secara online.